Friday, January 11, 2013

catatan rawak

Harumannya tersebar ke serata alam
Si buta pun tak mungkin tersalah jalan!
-merujuk kepada TP yang cuba mengekori dari belakang tetapi segera disedari Awang.

Hentikan! Lebih banyak kebaikannya sekiranya engkau bersabar.
-Auron menepuk bahu Awang sebelum Awang mencurahkan segala-galanya kepada TP.
*kelihatannya Auron seorang yang paling memahami Awang walaupun dia seringkali tidak bersuara atau memberi apa-apa komen terhadap segala dakwaan Awang.

Auron ke Pulau untuk rekrut Angkatan.
Ke Akademi, jumpa pengetua, direkomenkan Awang yang pernah dihantar ke Gua.
ke Gua, jumpa Rougyar sedang berlatih, dan masuk jumpa Tok Guru lama dia. TG Auron bercerita tentang kecederaannya yang disebabkan oleh anak murid barunya iaitu Awang.
'Cepat Pedang, Cepat Anak Panah, Tidak Secepat Tendanganku' - penjejak angin
'Cepatnya Fikiran, Cepatnya Pandangan, Tidak Secepat Pedangku' - pedang kilat TG
'aku telah kalah dengan pedang yang lebih pantas dari pedang kilatku, kerana terlalu memandang rendah generasi baru. sungguh benar, mereka akan mengatasi guru-guru mereka, dan anak murid mereka pula akan mengatasi mereka'.

Wednesday, January 2, 2013

The Ruby Knight - nota

'You were listening.'
'Obviously. Voices carry a long way at night.'
--

'Sometimes I think this whole nobility business is farce anyway. Men are men - titled or not. I don't think God cares, so why should we?'
   'You're going to stir up a revolution talking like that, Ulath.'
   'Maybe it's time for one.'
--

'A good bluff is sometimes better than a good fight,' Ulath growled. 'I like deceiving people.'
'You are as bad as Talen is.'
'No, not really. My fingers aren't nimble enough for cutting purses. If I decide I want what's in a man's purse, I'll hit him on the head and take it.'
She laughed.'I'm surrounded by scoundrels.'
--

'He looks a little unreliable to me.'
   'He'd better be reliable. He's already got a fair idea of what's going to happen to him if he isn't.'
'Oh Sparhawk,' she said reprovingly.
   'It's really a very simple arrangement, little mother. He fully understands that either they get healthy, or he gets sick. that sort of encourages him to do his best.'
--

Wednesday, December 19, 2012

I Swear - All 4 One

Ku bersumpah demi bulan dan bintang di angkasa
Dan aku bersumpah seperti bayang di sisimu

Ku lihat persoalan di matamu
Dan aku tahu apa yang bermain di fikiran
Yakinlah, ku tahu apa perananku
Kerna ku kan selalu di sisimu
Di waktu senang dan susah
Sehingga maut memisahkan kita
Ku akan menjagamu
Ku akan mencintaimu
Dengan sepenuh jiwaku

Dan kubersumpah
Untuk memberikan segalanya untukmu
Ku akan capai impianmu dengan kedua tanganku
Kita akan mencipta kenangan bersama
Sehingga ke akhir usia
Cintaku tidak akan pudar di mamah masa


Tuesday, December 18, 2012

Menulis Tentang Seorang Sahabat

"Kau ingin menjadi musuhku, Zerakul?"
"Ia hanya sebuah cerita rekaan, bukan?"
"Kau pasti ianya bukan semata-mata kerana Lana?"
"Awang, aku adalah pahlawan aliran suci, dan kau pula tidak bertuhan. Aku mewakili cahaya dan kau adalah kegelapan. Pengakhiran cerita kita adalah pertarungan paling hebat di atas muka bumi ini antara kau dan aku".
"Hebat! Hebat sekali! Aku memang terlalu ingin merubah kisah-kisah dongeng karangan penulis-penulis dahulu kala yang sentiasa memenangkan pihak yang lemah. Sehingga ke akhir hayatku, aku berpegang kepada prinsip 'yang kuat akan mengalahkan yang menang'. Kekuatan akan sentiasa mengalahkan kemanusiaan, perasaan, atau cinta dan kasih sayang. Tidak, tidak, aku tidak akan benarkan pembohongan ini diteruskan di dalam cerita-cerita dongeng penulis hingusan yang tidak pernah ke medan perang"

"Awang, cahaya akan sentiasa mengalahkan kegelapan, kau tahu itu."
"Ya, dan yang kuat akan mengalahkan yang lemah, kau juga tahu itu"
"Ya, kegelapan mempunyai kekuatan yang hebat, tetapi cahaya mempunyai kekuatan yang tidak terhingga"
"Hanya sekiranya engkau benar-benar percaya"
"Tuhanku di belakangku, sedangkan kau tidak ada sandaran. Kau akan tewas, Awang!"
"Tidak sekiranya aku juga punya sandaran yang lebih hebat"

Wednesday, November 21, 2012

Menulis Kisah Tentang Aku

"Jadi, kau mahu menulis kisah tentang dirimu sendiri?"
"Ya, itu sudah hampir pasti"
"Apa yang kau akan tuliskan tentang diriku?"
"Kau adalah sahabat baikku. Apa yang kau mahu aku tuliskan tentang dirimu?"
"Kau akan jadikan aku lawanmu yang terhandal"
"Adakah ini ada kena-mengena dengan Lana?"
"Sedikit sebanyak..."

"Adakah kau akan jadikan aku tewas ditanganmu?"
"Ia akan menjadi kisah hidupku. Apa fikirmu?"
"Aku menganggap kau seorang yang bukan sahaja hebat tetapi amak bijak. Kau akan berlaku adil sama ada ia benar atau rekaan semata-mata"
"Kau amat memahami diriku. Aku tidak menyesal menjadikan kau sahabatku"

----

"Awang, kau asyik menulis sepanjang perjalanan kita. Apa isinya?"
"Ia tentang perjalanan dan kita semua"
"Kisah ini akan tersebar ke serata Adlar setelah aku bukukan dan ulang cetak nanti"
"Hmm..Awang, bolehkah kau jadikan watakku seorang yang hensem dan paling banyak menewaskan musuh?"
"Dan jadikan aku seorang kaya dan terkenal!"
"Aku pula ingin berkahwin dengan puteri raja"
"Kau pula, Huntar?"
"Aku mahu berjaya menjinakkan Stormwolf sebagai belaanku"

"Rougyar, kau tidak ada apa-apa permintaan?"
"Aku pasti abang Awang akan membenarkan aku menentukan nasibku sendiri"
"Kau cukup bijak. Aku pasti kau mampu mengatasi aku suatu hari nanti"

Thursday, November 8, 2012

Contoh Yang Baik

"Aira akan menjadi contoh yang baik kepada ibu bapanya".
That's what I was always saying to my daughter.

Yes, the mission, the task, the goal, for the child is to exceed his elders.
The goal of a junior is to be better than his senior.
The same for the pupil, to exceed his master.

Awang, tidak mahu memberi taraf anak murid kepada Rougyar selagi Rougyar belum mengatasinya dalam ilmu bermain pedang.

Ini kerana tok guru Awang jugak tidak mahu menerima Awang sebagai muridnya sebelum Awang menewaskannya. Namun Awang berjaya menewaskan bakal gurunya dengan hikmat istimewa yang sama yang digunakan ketika berlatih dengan Zerakul di Akademi.

Awang mula sedar akan hakikat ini. Kerana itulah dia juga mengenakan syarat yang sama kepada Rougyar.
Maka impian Rougyar selama ini hanyalah mahu menjadi murid Awang. Itulah yang menjadi panduan hidupnya sekarang.

Namun Rougyar hanya akan berjaya mengatasi Awang dalam Hikayat Kedua, setelah Awang kembali dari utara.

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Awang. Roughyar akan mampu mengatasainya dengan pedang, tetapi tidak bermakna dia akan dapat menewaskan Awang. Kerana Awang telah menjadi terlalu handal dan tidak mampu lagi ditewaskan oleh sesiapa. Namun telah memenuhi syarat Awang untuk mengiktiraf Rougyar sebagai muridnya.

Tuesday, September 4, 2012

Batman Quote

‎"You either die a hero, or you live long enough to see yourself become the villain"- Harvey Dent