Thursday, March 8, 2012

Membunuh Dengan Penuh Sengaja

"Kalau kau benar-benar ingin mencabarku, silalah ke tengah gelanggang seperti anak jantan"
Armus tidak berfikir panjang terus berjalan ke ruang kosong di antara mereka. Yang lain pula bergerak menjauhkan diri, menjangka suatu pertarungan yang sengit. Tambahan pula senjata yang menjadi pilihan Armus ialah sebilah kapak perang, sudah tentu mereka tidak mahu menjadi mangsa tetakan liar biar apa pun kemungkinannya.

Armus juga tidak mahu berfikir panjang. Dia yakin jurus Tetakan Maut yang sudah dikuasainya bertahun-tahun sudah sempurna. Malah dia juga mempunyai jurus rahsia sekiranya terdesak. Sebelum dia menamatkan pengajiannya di sekolah kuasa jati, dia dan sebilangan kecil pahlawan lain diperturunkan Taufan Pedang, salah satu dari tiga jurus terakhir dalam Kitab Pahlawan.

Taufan Pedang - You become a whirling storm of destructive force, instantly striking all nearby targets for 150% weapon damage and continuing to perform a whirlwind attack every 1 sec for 6 sec.  While under the effects of Bladestorm, you do not feel pity or remorse or fear and you cannot be stopped unless killed or disarmed, but you cannot perform any other abilities.

Arai juga berdiri dari tempat duduknya dan memandang ke arah semua orang, sebelum menghalakan pandangannya ke arah Armus.
"Aku tidak suka bermain-main atau menunjuk-nunjuk kehebatanku. Jika kau ingin menguji kehebatanku yang sebenar, kau harus bersedia mempertaruhkan nyawamu!".
Arai memandang tajam kepada Armus dan membuat isyarat mengerat leher dengan tangannya.
"Mati atau cabut lari. Aku tidak menerima syarat lainnya."

Armus tidak dapat menahan sabarnya lagi.
"Arai, sudah sekian lama kau berpura-pura di hadapan kami semua. Kononnya kau hebat tapi aksi kau seperti pondan. Mengapa tidak kau tunjukkan kejantananmu pada hari ini?"
"Armus, janganlah kau terburu-buru ingin ke alam baqa."
"Saudara sekalian, adakah kamu semua mampu menanggung kehilangan seorang daripada kamu? Tuan Panglima Besar? Tuan Puteri?"
"Rogius, adakah kau tidak mahu menghalang? Atau kau juga masih ragu dengan kehebatanku?"

 Rogius terdiam. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Kehebatan Arai memang tiada tandingan lagi pada pandangannya. Namun seperti ada sesuatu yang menghalangnya dari membuka mulut.


"Atau kau mahu melihat jurusku yang belum pernah aku perlihatkan padamu?". Arai menujukan pandangannya ke arah Rogius. "Aku namakan ia 'Membunuh Dengan Penuh Sengaja'".


Arai lalu membawa langkahnya ke tengah medan berhadapan Armus. Dia duduk bertinggung sambil telapak tangan kanannya menyentuh tanah, seolah-olah cuba merasai bumi di sekitarnya. Lalu digenggamnya sedikit debu dan dilepaskan perlahan-lahan.


"Dari tanah kembali ke tanah...".


"Rogius, pinjamkan pedangmu". Tanpa membantah Rogius mengeluarkan pedangnya dari sarung dan dipersembahkan kepada Arai dengan penuh hormat. Arai menghayunkan pedang lincah itu beberapa kali. Kemudian disertai dengan gerakan pedangnya Arai berkata, "Begini caranya aku akan memenggal lehermu"


CERITA INI:
Arai bercakap besar kononnya dia sangat hebat, kononnya dia akan membunuh lawannya. Dia berharap semua yang lain tidak percaya kata-katanya dan kerana bimbang Arai yang akan terbunuh nanti, akan menghentikan perlawanan itu. Arai bermain kata memuji kehebatan dirinya dengan maksud akhir supaya perlawanan itu tidak dilangsungkan, sama ada orang percaya atau tidak. Tetapi dari awal cerita sudah diketahui Arai suka bercakap besar kononnya untuk menutupi kelemahan dirinya.


Tetapi bagi yang mengetahui kehebatan Arai yang sebenar sperti Rogius and Tok Gurunya di Sekolah Kuasa Jati, sudah tentunya bersetuju dengan kata-kata Arai.


Oleh kerana masing-masing tidak percaya, dan Rogius masih ragu atau mahu melihat jurus rahsia Arai, maka perlawanan dilangsungkan. Ini membuatkan Arai sangat marah kerana dia benar-benar tidak mahu menonjolkan kekuatan sebenarnya. Dia melancarkan Hikmat Khayalan peringkat tinggi membuatkan orang lain melihat seolah-olah dia telah memenggal leher Armus, manakala bagi TP, TP dan Lulu, mereka tidak terkesan dengan hikmat khayalan Arai itu dan melihat apa sebenarnya yang berlaku.


YANG BERLAKU:
Arai menggunakan hikmat khayalan. Armus terbungkam tidak bergerak. Arai melepaskn geramnya dengan melancarkan Tinju Maut DiRaja berkali-kali sehingga patah-riuk tulang temulang Armus, dan kemudian merawatnya semula. Arai memacak kapak perang Armus betul-betul di atas lengan Armus yang tersadai di batang pokok. Bila Armus terjaga dan mahu bangun sebelah lengannya tercedera terkena mata kapak. Hukuman yang ringan bagi Arai.


Arai kemudian menepuk bahu Rogius membuatkan Rogius tersedar. Kemudian berkata kepada Rogius, "aku akan tunjukkan jurus Membunuh Dengan Penuh Sengaja yang sebenar kepadamu nanti".


No comments:

Post a Comment