Faithful Man. Useful Servant.
"Kalian semua yang tidak terpilih untuk menyertai sayembara ini, usahlah berlagak seperti kalian lebih handal dari Awang. Malah, aku berani mengatakan tiada seorang pemuda pun yang lebih hebat daripada Awang di pulau ini. Melainkan aku sendiri, tentunya. Jikalau ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan ayahandaku Ketua Pulau, dia boleh mencabar aku. Namun aku pasti, dia tidak akan menang walaupun dia berlatih sepuluh tahun lagi."
"Zerakul, kehebatan kau sebagai calon Monkuris tidak kami pertikaikan lagi. Mengapa kau begitu yakin bahawa Awang adalah sehebatmu?", soal Pak Abu, seorang dari Penjaga Pulau Berempat.
"Kerana dia adalah teman berlatihku. Dan dia tidak pernah tewas mahupun menewaskan aku".
"Zerakul, kau adalah calon Monkuris, belum lagi seorang Monkuris. Aku tidak percaya aku tak mampu mengalahkan kau dalam sepuluh jurus," cabar Nubis, seorang pemain pedang pantas yang sering dipuji orang kerana bla bla bla buat cerita karut nanti.
"Heheh, beruntung aku datang pada hari ini, kerana dapat merasmikan pedang istimewa yang tiada tolok bandingnya ini. Marilah kamu semua bertemu Pedang Monkuris Sepuluh Nyawa ini". Lantas Zerakul mengeluarkan dari sarungnya sebilah pedang yang bersinar-sinar dengan cahaya terang, tetapi tidak menyakitkan mata. Semua hadirin di gelanggang tidak melepaskan peluang menjamu mata mereka dengan cahaya yang terpancar dari pedang istimewa itu. Para pahlawan dan pemain pedang pula tertarik dengan reka bentuk pedang itu, yang lebih panjang sedikit dari pedang setangan,
No comments:
Post a Comment