Monday, March 12, 2012

Pedang Monkuris Sepuluh Nyawa

Faithful Man. Useful Servant.
Begitulah yang terukir di kedua mata pedang bernama Monkuris Sepuluh Nyawa. Pedang yang ditempa khas dari Awang kepada sahabat karibnya Bawang. Walaupun Bawang tidak menguasai sepenuhnya bahasa lama, namun dia masih mampu memahami maksud empat patah perkataan itu.

Empat patah perkataan tersebut, dan nama pedang itu sendiri begitu sesuai sekali dengan dirinya. Bawang tidak segan silu memberitahu kepada siapa saja tentang cita-citanya untuk mencapai tahap Monkuris Sembilan Nyawa, satu gelaran yang hanya dicapai oleh seorang Monkuris sahaja di seluruh Tanah Aden.

Monkuris adalah gelaran umum kepada 'Pahlawan Cahaya Suci'. Mereka yang terpilih untuk dilatih sebagai Monkuris hanyalah sebilangan kecil manusia istimewa yang bukan sahaja mempunyai kuasa ajaib yang tinggi tetapi juga kekuatan fizikal yang setanding pahlawan aliran kuasa jati. Semenjak Bawang diketahui mempunyai kuasa ajaib oleh Tok Gereng, dia mula berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk melayakkan dirinya memasuki sekolah kuasa suci di Kota Kedua Aden.

Poyo.

No comments:

Post a Comment