Thursday, May 24, 2012

Kawan Lama Tok Tereng

Namaku Kralnor.

"Aku jarang melihat pakcik di pulau ini. Adakah pakcik dari tanah besar atau jarang-jarang keluar?" soal Awang cuba berbual-bual.
"Aku hanya singgah di sini untuk melihat kau, anak muda".
"Kenapa saya, pakcik?"
"Kerana kau mewarisi jiwa raja-raja Adelar. Kau mungkin lupa, tetapi batu jiwa yang kau sematkan ke dalam jari-jarimu itu tidak sabar-sabar mahu menjelma kembali."
"Ke sini, hulurkan tanganmu dan hamparkan telapak tanganmu". Kralnor meletakkan sebiji hablur kecil berwarna merah di tapak tangan Awang dan menutupnya semula menjadi genggaman.
"Pejamkan matamu dan cuba rasakan"

"Ia seperti jiwa yang terjerat dan ingin bebas!"
"Hablur ini dipanggil serpihan jiwa. Pengamal kuasa mistik aliran api gelap atau warulok sahaja yang mampu menghasilkannya, dan menggunakannya. Kau faham apa maksudnya?"
"Ia benar-benar sesuatu yang menakjubkan. Apa kuasa istimewa yang mampu dijelmakan oleh batu serpihan ini, contohnya?"
 "Warulok berdarah raja yang memiliki serpihan jiwa raja, layak memanggil Chaos Legion dari Alam Misteri. Warulok yang lainnya mampu mengawal makhluk alam kubur berkebolehan istimewa."

"Ambillah ini, hadiah buatmu."
"Ia mungkin menyelamatkan nyawamu nanti"
"Dari apa? Dari siapa?"
"Adakah semua orang mengetahui bagaimana dia akan mati, anak muda?"
"Err..mungkin tidak"
"Hahahahahahahhaahhaaha...aku hanya bergurau denganmu, Awang! Kau! Kau akan mati kerna wanita!"
"Kenapa begitu, pakcik?"
"Wanita, kerana senyumannya menggoda, matanya memukau, dan cintanya beracun. Racun paling berbisa adalah cinta wanita!"
"Namun jika kau selamat, kau akan menjadi manusia yang sangat hebat"
"Dan jika tidak selamat?"
"Awang, kau bertanya seperti budak mentah. Perlukah kau tanyakan apa akan berlaku sekirang kau sudah mampus?"

"Bagaimana ayahmu, Tok Tereng?"
"Dia masih segar dan kuat. Apakah pakcik kenal ayah hamba?"
"Kami pernah sama-sama mengembara di masa muda. Dia adalah warulok paling berbakat yang pernah aku jumpa"
"Tetapi tidak sehebat tuan, bukan?"
"Kau mengampu aku, tetapi aku tidak akan ceritakan perihal ayahmu. Tidak hari hari ini."
"Tetapi pakcik baru saja memberitahu hamba bahawasanya ayah hamba Tok Tereng adalah seorang warulok!"
"Budak, aku hanya bergurau. Adakah ayahmu kelihatan seperti seorang warulok?"

"Pakcik sudah tahu namaku, Awang. Atau Awang Budak Hanyut. Atau Awang Selamat. Siapa nama pakcik?"
"Awang, berapa banyak gelaran kau ada, itu bukan namamu."
"Pakcik tahu nama sebenarku?"
"Bukan urusanku sekarang"
"Jadi apa nama pakcik?"
"Awang, apa yang dapat lihat padaku?"
"Janggut yang panjang?"
"Panggillah aku Tok Janggut. Dan, tak usah sampaikan salamku pada ayahmu."
"Kenapa?"

"Kau akan mati tidak lama lagi".


No comments:

Post a Comment