"What doesn't kill you makes you stronger"
That's why I must always win. Must always survives.
Bukit Stronger. Itulah gelaran mereka berdua kepada bukit kecil yang dihuni oleh makhluk-makhluk dari alam misteri sebaik saja malam menjelma. Pertama kali mereka berburu di situ, mereka hanya berani mengusik seekor makhluk skeleton dari jauh. Awang dan Zerakul menarik perhatian seekor dari makhluk tersebut dengan lastik dan membawanya jauh sedikit dari kumpulan kawan-kawannya. Setelah merasakan jarak mereka selamat barulah mereka berdua sama-sama melawan skeleton tersebut dengan senjata masing-masing. Awang hanya bersenjatakan tongkat kayu manakala Zerakul pula mempunyai sebilah pedang setangan. Setelah berhempas pulas bertempur barulah mereka berjaya mengalahkan skeleton itu.
Kejayaan pertama menjadikan mereka berdua lebih bersemangat untuk terus 'bermain' di situ. Sedikit demi sedikit mereka melangkah ke tengah bukit, mengalahkan skeleton demi skeleton, sehinggalah kepada musuh yang lebih kuat iaitu spartoi. Ketika menentang spartoi inilah mereka bersabung nyawa, kerana menyangka spartoi yang lebih putih itu hanyalah sperti skeleton lainnya.
Ternyata, pertempuran demi pertempuran di bukit kecil itu menjadikan mereka semakin kuat. Zerakul dan Awang mula bercita-cita menakluk bukit kecil itu dengan menewaskan kesemua musuh-musuh mereka. Walaupun sudah berkali-kali di'bunuh' oleh Awang dan Zerakul, skeleton-sekeleton tersebut muncul semula setelah bulan mengambang penuh. Awang dan Zerakul mengambil kesempatan atas keanehan tersebut untuk melatih kuasa dan kemahiran mereka bermain senjata. Awang juga sudah memiliki sebilah pedang setangan yang berbilah runcing seperti lalang. Dia menggelarnya pedang lalang.
Setelah beberapa tahun bermain-main di bukit itu, Awang dan Zerakul sudah mampu menewaskan kesemua lebih 30 ekor makhluk dari alam misteri itu dalam satu malam. dan kini mereka mula berlumba sesama sendiri untuk ke puncak bukit. Selepas melalui halangan berupa makhluk-makhluk sihir itu, mereka bertempur pula di puncak bukit sesama sendiri untuk menentukan siapa yang terhebat dan seterusnya menjadi 'King of the Hill'.
begitulah alkisahnya.
No comments:
Post a Comment