actually it was a 'counter-story' for a series of cerpen titled 'habrul prisma'.
yang tersiar di Pusat Karya Melayu.com
(so I googled it and it is still available.)
http://pskdum.blogspot.jp/2006/09/habrul-prisma_01.html
or maybe this one?
http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=144&ID=2873
I havent read the story is 10 years...
anyway, here come my piece!
-----------------------------------------------------------------------------
JUARA TEMPUR
Barangan baik tidak perlukan kata-kata
indah.
Raynor hanya tersenyum membaca tulisan
iklan di sebuah papan tanda elektronik di pinggir jalan. Sambil dihiburkan
dengan lagu One Step Closer dari kumpulan Linkin Park, kereta prototaip
Ragnarock07 itu terus membawanya ke ibu pejabat pentadbiran Kota Cakerawala. Memalukan,
kalau dia masih lagi terpaksa memandu di sebuah negara yang paling maju
teknoloji kecerdikan tiruan dan automasi di dunia ini.
Aldarris sudah menantinya di Pentas
Merenung Bulan yang dibina khas di puncak Dewan Seribu Naga, nama khas bagi
bangunan pentadbiran Kota Cakerawala. Sebagai kawasan larangan, tempat ini
hanya boleh dimasuki oleh presiden dan orang kepercayaannya sahaja.. Raynor
sengaja membina Pentas Merenung Bulan supaya dia dapat menyaksikan bandar Kota
Cakerawala dengan mata kepalanya sendiri. Malah dia juga suka merenung langit
pada waktu malam, menyaksikan bintang-bintang berkelip di langit tinggi. Namun
tujuan sebenarnya hanya dia seorang sahaja yang tahu.
“Tuan presiden, laporan yang tuan kehendaki
sudah kami sediakan. Tuan boleh lihat sekarang.”
Aldarris menekan beberapa butang pada papan
kekunci di hadapannya. Kelihatan sebuah layar elektronik berwarna hijau
terpapar di hadapan Raynor, mempamerkan semula taklimat tentang jentera perang
terbaru negara Irlium. Raynor hanya memerhati dengan minat tanpa memberi
sebarang reaksi.
“Tuan, ini sahaja maklumat yang kita dapat
daripada ejen kita di sana .
Maklumat dalaman projek itu adalah amat sukar untuk kita peroleh.”
“Hmmm…bagaimana dengan ejen kita? Adakah
dia disyaki?”
Raynor bertanya sekadar mengambil berat. Dia
tahu teknoloji pengintipan yang di’pinjam’nya dari makhluk Protoss itu mustahil
dapat dikesan dengan teknoloji manusia biasa. Namun ejennya, ya, ejennya hanyalah
manusia biasa saja…
“Tidak tuan. Masakan pemandu kepada seorang
panglima tentera boleh disyaki sebagai ejen kita. Tetapi ‘observer’ yang kita
hantar bersama-sama Panglima Waziri seolah-olah dapat dikesan oleh Arius mereka….kami
terpaksa meletupkannya selepas tamat operasi.”
Aldarris bersuara kesal. Namun dia tahu dia
telah menjalankan tugasnya untuk negara, untuk presiden. ‘Observer’ yang telah
dihantar itu terpaksa diletupkan supaya rahsia negara tidak terbongkar
langsung. Dia tahu nilai ‘teknoloji dari angkasa’ itu tiada galang gantinya di
bumi, tapi dia pasti Raynor akan menyetujui tindakannya itu.
“Bagus. Yang paling utama ialah kepentingan
negara. Biar berapa harganya sekalipun, kita tidak boleh menggadaikan negara. Sekarang
kita sudah tahu rahsia terbesar negara Irlium.”
“Aldarris, kau arahkan saintis-saintis kita
kaji kelemahan jentera perang mereka ini. Err...apa namanya? Hablur Prisma?”
“Habrul Prisma. Tuan, ada pesanan khas
untuk tuan.”
“Siapa?”
“Yuna. Dia ingin berjumpa tuan di Galbadia Café,
Pantai Irama, jam 1600. Saya pergi dulu”
“Baiklah. Aku mahu laporannya secepat
mungkin.”
Aldarris beredar. Raynor termenung seketika
di atas Pentas Merenung Bulan, memerhati langit petang. Dia kesal juga kerana
untuk mendapatkan rahsia ketat negara Irlium, sebuah ‘observer’ terpaksa
dikorbankan. Dia bukan tidak boleh mendapatkan semula ‘observer’ yang lain,
cuma dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya. ‘Sahabat’nya di sebuah tempat yang
amat jauh. Planet Shakuras. Planet kediaman makhluk bergelar Protoss dari kaum
Tempular Hitam.
Raynor masih lagi memandang langit, cuba mengimbas
kembali memori silamnya. Setelah terapung-apung di angkasa selama beberapa lama
yang dia sendiri tidak tahu, pesawat tempur Wraith CF/A-17 yang membawanya
terhempas di Planet Shakuras. Dia telah diselamatkan oleh Zeratul, makhluk
Protoss dari kaum Tempular Hitam. Raynor juga telah belajar bahawa kaum
Tempular Hitam telah dipulaukan oleh makhluk-makhluk Protoss yang lain di
Planet Aiur.
Mungkin kerana Raynor senasib dengannya,
Zeratul telah menjadi kawan baiknya selama di Shakuras. Di sanalah dia belajar
berbagai teknoloji Protoss yang hebat-hebat, termasuk teknoloji penerokaan
minda. Senjata terhebat bagi Protoss adalah kekuatan minda mereka, kata Zeratul
padanya suatu hari. Di Shakuras, dia telah menghabiskan masanya bertahun-tahun
mempelajari hikmat-hikmat unik milik kaum Tempular Hitam.
Beeep!!
“Tuan, jika kita bergerak sekarang, kita
dijangka akan sampai ke Pantai Irama lima
minit sebelum jam 1600”.
Peringatan dari kenderaan peribadinya
Ragnarock07 menghalang Raynor dari berkhayal lebih lama lagi.
‘Hmmm….Irlium. Benda yang remeh-temeh
seperti itu pun mahu dirahsiakan. Sistem keselamatan yang kononnya teramat
ketat itupun boleh dibolos, inikan pula mainan kanak-kanak. Arius, aku akan
kecewa kalau kau bergantung nyawa pada besi sekerap.’
Raynor bergerak menuju ke keretanya. Dia
tahu dia tidak boleh main-main lagi. Walaupun dia suka memandang rendah
lawannya, tidak bermakna dia akan memandang ringan hal-hal yang berkaitan
dengan kepentingan negara dan rakyat jelata. Namun sekarang dia perlu
menenangkan fikirannya dahulu. Dia perlu berjumpa orang yang dicintainya
terlebih dahulu….
Yuna sudah menanti kehadirannya di kedai
kopi itu dengan dua cawan Cappuccino yang masih berasap. Dia mengambil tempat
duduknya di depan Yuna.
“Nampaknya tuan presiden kita sibuk
kebelakangan ni?”
Yuna cuba berjenaka.
“Yuna, Yuna….Kau bukan tak tahu aku
bukannya sukakan kuasa, apatah lagi nak memerintah. Tapi kerana nasib
berjuta-juta rakyat Kota Cakerawala, aku terpaksa korbankan waktu kita bersama.”
“Lagipun, aku tak suka mengharapkan orang
lain untuk melakukan sesuatu kerja yang aku harapkan kejayaannya….Aku harap kau
faham.”
“Hmmm….Raynor, kau tak pernah berubah dari
dulu. Mungkin kau patut ambil cuti juga sekali-sekala….tenangkan fikiran dan
ringankan kepala.”
‘Yuna, melihat wajahmu saja sudah
menenangkan fikiranku…’ ingin dia keluarkan kata-kata itu tapi hanya terlekat
di bibir saja. Dia memang tidak suka memuji.
“Banyak kerja….”
Raynor berdalih. Malas beralasan panjang.
Kadang-kadang dia kasihan pada Yuna. Kerana tugasan negaranya yang bertimbun,
dia sudah jarang mempunyai kesempatan berjumpa Yuna.
“Yuna, aku tahu kau tak suka mengganggu
kerja-kerjaku, kerana kau seorang yang amat memahami. Tentu ada sebabnya kau
mengajak aku ke sini pada hari ini. Maksud yang besar, barangkali?”
“Aku terfikir untuk menjemputmu ke mari
kerana sudah agak lama kita tidak ke sini bersama-sama, berjalan mengharungi
Pantai Irama….”
Pantai Irama…. benar, sudah agak lama juga
dia tidak ke sini. Tempat di mana kali pertama Raynor berjumpa Yuna setelah
kembali ke bumi. Di Pantai Irama, Raynor sering bersama Yuna menyaksikan lautan
luas yang membiru, dan langit panjang yang mendamaikan. Segala-galanya sungguh
mendamaikan fikiran.
Tiba-tiba Yuna mengeluarkan sesuatu dari
dalam begnya. Dua buah buku yang agak tebal diletakkan ke atas meja. Raynor
tertanya-tanya di dalam hati.
“Raynor, aku tahu kau tak ingat dunia kalau
sedang membaca”
Yuna tersenyum sinis sambil menghulurkan
sebuah dari buku-buku itu kepadanya. Raynor memandang tajuk buku itu….
“Falsafah Neraka??”
Raynor agak terperanjat melihat kitab itu.
Kitab Falsafah Neraka yang berusia hampir ratusan tahun itu kononnya telah
habis dimusnahkan oleh Kazuya Mishima, penguasa Kota Cakerawala tiga dekad yang
lepas. Namun dia tahu pasti ada salinan kitab falsafah dan ramalan itu di
serata pelusuk dunia ini. Kitab yang dikarang oleh Penjejak Neraka, pengasas
Kota Cakerawala itu menjadi rebutan setiap manusia, terutamanya yang tamakkan
kuasa. Kononnya di dalam kitab itu tertulis panduan rahsia sebuah senjata yang
maha hebat. Kazuya Mishima membakarnya kerana tidak percaya akan isi kandungan
kitab itu, juga kerana takut senjata yang disebutkan itu benar-benar wujud dan
mengancam kedudukan kuasanya.
“Kepunyaan peribadiku….”
Yuna memberi penjelasan.
“Dan ini….tentu kau tak percaya melihatnya”.
Yuna menghulurkan buku yang sebuah lagi.
Buku itu sudah uzur dan usang, namun ikatan tali yang mengikat helaian-helaian
muka suratnya masih utuh. Raynor menyambutnya berhati-hati.
“Kitab Damo???”
“Ya, Kitab Damo yang asli. Kitab ini tiada
salinannya yang lain.”
“Kau pernah membacanya?”
“Aku pernah cuba membacanya tapi aku tidak
faham langsung apa yang ditulis dalam kitab itu. Tulisannya bukan tulisan yang
biasa. Mengikut kata datukku, tulisan dalam buku itu adalah tulisan makhluk
asing.”
“Makhluk asing?”
Raynor segera membuka helaian kitab itu.
Perkataan makhluk asing begitu menarik perhatiannya.
‘Protoss….ini tulisan Protoss’. Raynor
bersuara dalam hatinya apabila melihat isi kandungan kitab itu. Dia terperanjat
besar. Mustahil tulisan makhluk Protoss yang berada puluhan tahun cahaya boleh
membawa sampai ke bumi. Kepalanya mula bersarang seribu satu persoalan.
“Kitab Damo mempunyai sejarah yang amat
lama. Kononnya kitab itu adalah kepunyaan tok guru Penjejak Neraka, pengasas kota ini. Kitab itu
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi pemerintah Kota Cakerawala,
sehinggalah moyangku, Heihachi Mishima merampas kuasa daripada Laguna Rayzor,
dan turut merampas kitab yang sangat berharga ini. Setelah kematian ayahku, aku
menyimpan kitab rahsia ini biarpun tidak faham langsung kandungannya”
“Sebagai pemerintah Kota Cakerawala, kau
lebih layak menyimpan kitab ini. Aku harap ia dapat memberi manfaat daripada
menjadi beban untuk kau menyimpannya.”
“Yuna, benda yang tidak bernyawa ini tidak
seharusnya dijadikan bebanan. Cukuplah sebagai pengajaran.”
Raynor sengaja tidak mahu mebongkarkan
rahsia sebenar kitab itu kepada Yuna. Cukuplah dia seorang saja yang thau.
Itupun sudah cukup, fikir Raynor. Dia pasti dia akan menjadi lebih sibuk
selepas ini. Paling kurang sehari suntuk diperlukan untuk dia mengkaji
sepenuhnya kitab-kitab misteri itu. Dan dia tidak bercadang mengganggu suasana
harmoninya pada hari itu dengan urusan-urusan yang rumit dan memeningkan
kepala.
Raynor menghabiskan sisa-sisa kopinya,
sambil memandang wajah Yuna.
“Yuna, kau masih kelihatan ayu”
Yuna hanya mampu tersenyum. Mukanya sudah
kemerah-merahan. Dia tahu Raynor bukan seorang hipokrit. Raynor juga bukan
seorang yang suka memuji. Mendengar pujian dari Raynor bagaikan mimpi menjadi
kenyataan bagi dirinya.
“Sudah lama aku tidak berjalan-jalan di
pantai itu. Yuna, kau tidak keberatan menemani aku, bukan?”
Hati Raynor diresapi ketenangan tatkala
menyisir tepian pantai yang bersih dan indah itu bersama Yuna. Sungguh dia
rindukan kedamaian yang dirasainya sekarang ini. Dia tidak bercakap banyak
dengan Yuna sepanjang perjalanan. Masing-masing melayani perasaan mereka sendiri.
Barangkali mengingati peristiwa-peristiwa lalu sewaktu mereka bersama.
“Yuna, kau lihat laut biru itu. Sungguh
menarik, bukan?”
“Ya, sungguh mendamaikan…dan romantik”
“Yuna. Kau sering berkata laut itu sesuatu
yang sungguh romantik. Pada aku, kau ini jauh lebih romantik daripada laut itu”
Raynor memandang wajah Yuna. Sengaja ingin
melihat reaksi Yuna. Yuna yang hanya tersenyum tiba-tiba ketawa kecil.
“Hahaha…..kau memang suka bergurau. Apa
yang kau tahu tentang romantik?”
Dan kali ini giliran Raynor pula yang
ketawa. Dia tahu dia bukannya seorang yang jiwang mahupun romantik. Dia hanya
seorang yang gilakan buku dan pedang.
“Raynor, adakah melihat bintang-bintang di
langit pada waktu malam juga sesuatu yang romantik?”
“Kau maksudkan Pentas Merenung Bulan?”
“Ya…”
“All of us are in the gutter….”
“….but some of us are looking at the stars”
“…so you’re looking at the stars, huh?”
“Bukan itu sahaja, Yuna. Bintang-bintang di
langit itu adalah petunjuk bagi mereka yang mengetahui dan suka untuk berfikir.
Aku mungkin bukan ahli astronomi, tetapi aku suka membaca kitab-kitab lama.”
“Peredaran bulan dan matahari, pergerakan
bintang-bintang semuanya membawa maksud tertentu. Dan semuanya di dalam
pemerhatianku.”
Raynor akhirnya mendedahkan rahsianya membina
Pentas Merenung Bulan. Namun bagi dirinya sendiri, itu bukanlah satu rahsia.
Cumalah tiada yang berani bertanya kepadanya. Bertanya kepada seorang presiden apa
yang dilakukannya?? Mungkin tidak…
“Raynor, muka kau berkerut! Kau ada
masalah? Atau kau telah menilik sesuatu alamat yang tidak baik dari
bintang-bintang itu?”
Raynor terperanjat kerana Yuna telah
membaca kerunsingan fikirannya. Air mukanya tidak dapat menyembunyikan sesuatu
apa pun daripada pengetahuan Yuna. Agakan Yuna tepat sekali. Aturan bintang-bintang
di langit yang menjadi semakin ganjil sejak kebelakangan ini agak meresahkan
jiwanya. Tambahan pula dia tidak mampu meramal dengan tepat apa yang akan
berlaku.
“Yuna. Aku menganggarkan beberapa tetamu
misteri akan menemui aku dalam beberapa hari lagi. Cuma aku tidak pasti bila
dan di mana dan siapa mereka-mereka itu.”
“Mungkin kitab Falsafah Neraka boleh
membantu….?”
Yuna memberikan cadangannya. Kata-kata Yuna
ada benarnya, kerana kitab itu memang banyak merakamkan perkara-perkara misteri
di luar jangkauan fikiran manusia. Dia juga sebenarnya tidak sabar-sabar hendak
membaca kitab itu. Namun dia perlu bersabar…
Raynor memandang Yuna seketika, seperti
ingin berkata sesuatu.
“Umm? Kau ada perkara lain nak beritahu?
Yuna pantas menangkap.
“Aku bimbang. Bakal musuh-musuh kita
bertambah hebat. Malah, sudah agak panjang aku menulis cerita pendek ini,
tetapi Juara Tempur belum muncul-muncul lagi. Aku haruskan tamatkan bahagian
satu cerita ini secepat mungkin. Namun aku ingin kau tahu satu rahsia….”
Raynor tidak meneruskan bicaranya,
membuatkan Yuna tertanya-tanya. Walaupun tertanya-tanya, Yuna tidak menyerang
Raynor dengan seribu pertanyaan, sebaliknya hanya diam dan menunggu Raynor
menghabiskan kata-katanya.
“Sebenarnya….aku adalah keturunan Penjejak
Neraka…”
“Hah!?”
tamat bahagian satu.
No comments:
Post a Comment