Wednesday, May 30, 2012

King of the Hill

"What doesn't kill you makes you stronger"
That's why I must always win. Must always survives.

Bukit Stronger. Itulah gelaran mereka berdua kepada bukit kecil yang dihuni oleh makhluk-makhluk dari alam misteri sebaik saja malam menjelma. Pertama kali mereka berburu di situ, mereka hanya berani mengusik seekor makhluk skeleton dari jauh. Awang dan Zerakul menarik perhatian seekor dari makhluk tersebut dengan lastik dan membawanya jauh sedikit dari kumpulan kawan-kawannya. Setelah merasakan jarak mereka selamat barulah mereka berdua sama-sama melawan skeleton tersebut dengan senjata masing-masing. Awang hanya bersenjatakan tongkat kayu manakala Zerakul pula mempunyai sebilah pedang setangan. Setelah berhempas pulas bertempur barulah mereka berjaya mengalahkan skeleton itu.

Kejayaan pertama menjadikan mereka berdua lebih bersemangat untuk terus 'bermain' di situ. Sedikit demi sedikit mereka melangkah ke tengah bukit, mengalahkan skeleton demi skeleton, sehinggalah kepada musuh yang lebih kuat iaitu spartoi. Ketika menentang spartoi inilah mereka bersabung nyawa, kerana menyangka spartoi yang lebih putih itu hanyalah sperti skeleton lainnya.

Ternyata, pertempuran demi pertempuran di bukit kecil itu menjadikan mereka semakin kuat. Zerakul dan Awang mula bercita-cita menakluk bukit kecil itu dengan menewaskan kesemua musuh-musuh mereka. Walaupun sudah berkali-kali di'bunuh' oleh Awang dan Zerakul, skeleton-sekeleton tersebut muncul semula setelah bulan mengambang penuh. Awang dan Zerakul mengambil kesempatan atas keanehan tersebut untuk melatih kuasa dan kemahiran mereka bermain senjata. Awang juga sudah memiliki sebilah pedang setangan yang berbilah runcing seperti lalang. Dia menggelarnya pedang lalang.

Setelah beberapa tahun bermain-main di bukit itu, Awang dan Zerakul sudah mampu menewaskan kesemua lebih 30 ekor makhluk dari alam misteri itu dalam satu malam. dan kini mereka mula berlumba sesama sendiri untuk ke puncak bukit. Selepas melalui halangan berupa makhluk-makhluk sihir itu, mereka bertempur pula di puncak bukit sesama sendiri untuk menentukan siapa yang terhebat dan seterusnya menjadi 'King of the Hill'.

begitulah alkisahnya.

Tuesday, May 29, 2012

Mencari Otai Dalam Ichiroku

lalu aku membuka sebuah benang yang kemudian menjadi lembaran
masih belum kutemukan saat tenang untuk kuukir menjadi tulisan

namun langkahku tak akan berhenti di sini
gerhana itu membakar hatiku

Friday, May 25, 2012

To be a Hero

"You don't become a hero because you want to, you become a hero because you need to"
-Shingman, Ratman manga.

or shall I rename him Man Shainin? Shaini Jiman? in my novel.

and stumbled upon this site while looking for similar quote.
http://fearlessdreams.com/blog/why-i-want-to-be-a-hero_73.html

The Fantasy of the Hero
For as long as I can remember I’ve wanted to be a hero.
I’ve loved myths, legends, science fiction, and comic books my whole life.
Sounds childish, right?
It’s easy to psychoanalyze a love of heroes, and dismiss it as a childish or neurotic desire to escape from reality.
  • Do I want to be a hero because I want everyone to love me?
  • Do I want to be a hero because I feel powerless in the face of unfathomable forces that surround me?
  • Am I trying to escape from a seemingly petty existence into a wonderous world?
  • Do I want to feel overwhelmingly special and unique, and being myself doesn’t seem to be good enough?
Sometimes I do want to escape. I want to escape from a world that disappoints me. I want to escape from a “me” that disappoints me. Why play a seemingly insignificant role in the everyday world, when being a hero in my own fantasy world sounds like a lot more fun?

On the Surface
That childish desire to escape lurks on the surface of our thoughts and feelings.
And there’s another troubling feeling that travels with that desire to escape.
Do you often experience a feeling of restlessness? Do you feel that there’s some other place you must go. Some other work you must do. Some other person you must be?
It’s easy to dismiss that restlessness as the same childish desire to escape reality and to cast off our responsibilities.
But there’s much more to each of us than what floats on the surface of our thoughts and feelings. There is a deeper, meaningful side to our desire to escape, to our feelings of restlessness, and to our desire to be a hero.

Heroes and Stories
There are no heroes without a story.
A story is about meaning. A story reveals the meaning that lies within ordinary or extraordinary moments in someone’s life.
The stories of heroes are usually about extraordinary moments. They are stories where the meaning is clear, powerful, and profound.
But what divides the ordinary from the extraordinary? Is the ordinary event simply the common and familiar one?
Or does the ordinary become the extraordinary when we find the meaning in it?

Antara Sutra dan Bulan

terlihat wajahmu kasih
sedang merenungku
dalam irama rindu

di antara kerja dan menulis... semangat untuk menulis berkobar-kobar. seakan-akan akan kutakluk dunia ini. kata harimau kumbang, 'kekuatanku hanya terbatas oleh cita-citaku'.

kerana ianya bukan sekadar cerita. it is more than stories. lebih daripada cerita. atau apa tagline atau cogan kata yang sesuai?

oh ya, aku sedang membaca karya terbaru MH,
Platform: Get Noticed in a Noisy World"
Michael Hyatt

versi pdf.
sedang menanti hardcover dalam dua minggu belayar.

bukan sekadar hikayat.

setiap orang mempunyai cerita. aku ingin mempersembahkan sesuatu yang lebih daripada itu.
keinginanku ialah berkongsi apa saja yang aku baca dan alami, yang berguna untuk orang ramai.
cerita hanyalah medium, perantaraan untukku menyelitkan mesej yang aku ingin sampaikan.

baik ekonomi, sosial, politik, falsafah, sastera, lagu, puisi, misteri, semuanya mahu aku gabungkan dalam bentuk sebuah novel.

my expectation is high, that is why I am disappointed with many novels in Malaysia.
that is why I must write. not only because I want to, but because I NEED to.

Allah make it easy.

Thursday, May 24, 2012

Kawan Lama Tok Tereng

Namaku Kralnor.

"Aku jarang melihat pakcik di pulau ini. Adakah pakcik dari tanah besar atau jarang-jarang keluar?" soal Awang cuba berbual-bual.
"Aku hanya singgah di sini untuk melihat kau, anak muda".
"Kenapa saya, pakcik?"
"Kerana kau mewarisi jiwa raja-raja Adelar. Kau mungkin lupa, tetapi batu jiwa yang kau sematkan ke dalam jari-jarimu itu tidak sabar-sabar mahu menjelma kembali."
"Ke sini, hulurkan tanganmu dan hamparkan telapak tanganmu". Kralnor meletakkan sebiji hablur kecil berwarna merah di tapak tangan Awang dan menutupnya semula menjadi genggaman.
"Pejamkan matamu dan cuba rasakan"

"Ia seperti jiwa yang terjerat dan ingin bebas!"
"Hablur ini dipanggil serpihan jiwa. Pengamal kuasa mistik aliran api gelap atau warulok sahaja yang mampu menghasilkannya, dan menggunakannya. Kau faham apa maksudnya?"
"Ia benar-benar sesuatu yang menakjubkan. Apa kuasa istimewa yang mampu dijelmakan oleh batu serpihan ini, contohnya?"
 "Warulok berdarah raja yang memiliki serpihan jiwa raja, layak memanggil Chaos Legion dari Alam Misteri. Warulok yang lainnya mampu mengawal makhluk alam kubur berkebolehan istimewa."

"Ambillah ini, hadiah buatmu."
"Ia mungkin menyelamatkan nyawamu nanti"
"Dari apa? Dari siapa?"
"Adakah semua orang mengetahui bagaimana dia akan mati, anak muda?"
"Err..mungkin tidak"
"Hahahahahahahhaahhaaha...aku hanya bergurau denganmu, Awang! Kau! Kau akan mati kerna wanita!"
"Kenapa begitu, pakcik?"
"Wanita, kerana senyumannya menggoda, matanya memukau, dan cintanya beracun. Racun paling berbisa adalah cinta wanita!"
"Namun jika kau selamat, kau akan menjadi manusia yang sangat hebat"
"Dan jika tidak selamat?"
"Awang, kau bertanya seperti budak mentah. Perlukah kau tanyakan apa akan berlaku sekirang kau sudah mampus?"

"Bagaimana ayahmu, Tok Tereng?"
"Dia masih segar dan kuat. Apakah pakcik kenal ayah hamba?"
"Kami pernah sama-sama mengembara di masa muda. Dia adalah warulok paling berbakat yang pernah aku jumpa"
"Tetapi tidak sehebat tuan, bukan?"
"Kau mengampu aku, tetapi aku tidak akan ceritakan perihal ayahmu. Tidak hari hari ini."
"Tetapi pakcik baru saja memberitahu hamba bahawasanya ayah hamba Tok Tereng adalah seorang warulok!"
"Budak, aku hanya bergurau. Adakah ayahmu kelihatan seperti seorang warulok?"

"Pakcik sudah tahu namaku, Awang. Atau Awang Budak Hanyut. Atau Awang Selamat. Siapa nama pakcik?"
"Awang, berapa banyak gelaran kau ada, itu bukan namamu."
"Pakcik tahu nama sebenarku?"
"Bukan urusanku sekarang"
"Jadi apa nama pakcik?"
"Awang, apa yang dapat lihat padaku?"
"Janggut yang panjang?"
"Panggillah aku Tok Janggut. Dan, tak usah sampaikan salamku pada ayahmu."
"Kenapa?"

"Kau akan mati tidak lama lagi".


Wednesday, May 23, 2012

Hadiah Sahabat Membawa Erat

Ketua Pulau ingin menghadiahkan tongkatnya kepada Awang namun ditolak Awang dengan baik.

"Mengapa?"
"Kerana dua patah ayat. Hadiah sahabat membawa erat. hadiah insan berpangkat membawa berat. Hadiah dari sahabat boleh diperlakukan sesuka hati tetapi hadiah dari orang-orang besar dan kenamaan harus dijaga dan dihargai."

Tuesday, May 22, 2012

Maslow's hierarchy of needs


KEINGINAN MANUSIA

              “Kau kelihatan sukar memulakan.” Tok Tereng segera memecah kesunyian malam yang diterangi unggun api di depan mereka.”Dan seperti biasa, kau mahu bertanya soalan-soalan yang kau tidak berupaya mendapatnya dari buku-buku.”
              “Ayah tidak pernah gagal membaca fikiranku,” balas Awang sambil memuji ayah angkatnya. Namun Tok Tereng tidak semudah itu menelan pujian Awang. “Awang, setiap kali kau mahu berbicara dengan ayah, kau nyalakan unggun api seperti ini dan bermain-main dengan ranting dan api. Niat kau ini terlalu mudah dibaca.”
              Awang berhenti dari menguis-nguis bara api dengan ranting kering di tangannya dan terus dicampakkan ke dalam unggun. Suka benar dia melihat ranting-ranting kering itu dibakar api.
              “Ayah, apakah keinginan setiap orang di dunia ini?”
              Tok Tereng memandang ke arah Awang dan ketawa kecil.
              “Awang…Awang. Jawapannya sangat mudah sekali. Makan, minum, tidur, melampiaskan hajat. Dan hidup! Bernafas!”Tok Tereng menjawab mudah.
              “Dan selepas itu?” tanya Awang lagi.
              “Hahaha…tentu saja jawapan yang mudah tidak pernah memuaskan hatimu. Tetapi usahlah kau bimbang kerana ayah pasti ada jawapannya.” Tok Tereng masuk ke dalam rumah dan keluar membawa sebuah buku nota, dibelek-belek dan kemudian dengan nada membaca menjawab pertanyaan Awang.
              “Selepas memuaskan kehendak asas jasadnya, manusia ingin memperbaiki keadaan masing-masing. Manusia bukan saja ingin makan, minum, tidur dan lain-lainnya, tetapi ingin melakukannya dalam keadaan selamat dan selesa. Ya, keinginan manusia yang seterusnya ialah memiliki rumah kediaman. Dan kesihatan. Dan pekerjaan. Dan kepunyaan harta benda. Kemudian mereka inginkan pula keluarga, persahabatan dan kasih sayang.”
              “Masih belum memuaskan hatimu, bukan?”
              “Biar ayah teruskan, mungkin berguna buatmu.” Tok Tereng menyambung ceramahnya. “Selepas itu, manusia inginkan pula pencapaian. Dia inginkan kehormatan. Mungkin kuasa. Atau mungkin hanya keyakinan dan harga diri.”
              “Dan itu juga bukan apa yang kau cari, wahai anakku. Apa yang kau ingin tahu sebenarnya bukan keinginan setiap manusia. Apa yang kau ingin tahu adalah kenapa kau berjalan dan bernafas di atas bumi ini.”
              “Kau bertanyakan ayah tentang maksud hidup!” Tok Tereng menyimpulkan persoalan Awang kepadanya. Muka Awang berseri-seri setelah menyedari Tok Tereng mengerti apa yang bersarang di benaknya. “Jadi, aku pasti ayah ada jawapannya, bukan? Seperti yang ayah nyatakan tadi,” pancing Awang.
              “Maksud hidup manusia berbeza-beza. Tetapi asasnya tetap sama. Iaitu, setiap manusia ingin menjadi yang terbaik dalam apa saja yang diceburinya. Apa yang kau mampu lakukan, kau mesti lakukan. Itulah maksud hidup manusia, pada fikiran ayah.”
              “Menjadi yang terbaik…” Awang mengulang perkataan itu perlahan, lebih kepada bercakap sendiri. Kepalanya mula berputar ligat memikirkan maksud jawapan ringkas itu. Namun dia tidak bergopoh-gapah melontarkan soalan demi soalan yang terhasil setiap saat dalam benaknya kepada Tok Tereng. Setelah bertenang seketika, dia mula mengatur kata. Tok Tereng hanya sabar menunggu. Dia tahu pasti akan ada ledakan persoalan dari Awang hasil dari jawapannya.
              “Ayah pernah ditanya persoalan yang serupa sebelum ini, bukan? Siapa orangnya?”. Soalan Awang diluar dugaan Tok Tereng, namun dia tidak menahan jawapannya. “Abangmu”.
              “Dan ayah tahu apa yang menjadi maksud hidup abang Kel?”
              “Ya, menjadi lebih hebat dari ayah.” Tok Tereng hanya tersenyum menjawab soalan itu. Jawapan yang menjemput soalan. Dia mula sedar bahawa caranya itulah yang telah mempengaruhi Awang dalam tutur bicaranya dengan orang-orang lain. Tutur bicara yang sedaya-upaya tidak mahu memberikan jawapan tepat kepada soalan-soalan yang dianggapnya memerlukan sedikit daya berfikir oleh pihak yang bertanya.
              “Ayah mahukan aku bertanya apakah pencapaian terhebat ayah. Tetapi aku sangsi adakah ayah akan memberitahu aku.” ternyata Awang juga pandai menyusun bicaranya. Bapa borek anaknya rintik. Awang sengaja mahu melihat apakah Tok Tereng sudi mendedahkan kesemua yang disimpannya kepada dia.
              “Suatu hari nanti kau akan tahu juga. Atau aku akan memberitahumu. Atau…”
              “Atau aku boleh bertanya kepada Abang Kel, bukan begitu ayah?”
              “Ayah sangsi apakah dia sanggup berkongsi impiannya denganmu. Hahaha!”
              “Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi aku tahu sesuatu yang penting. Rahsia ayah yang penting! Hehehe…”.
              “Oh tidak! Apakah yang ayah telah terlepas cakap?”
              “Aku telah tahu yang ayah telah mencapai kemuncaknya dalam bidang ayah ceburi. Dan setahu Awang, ayah bergiat dalam kuasa ajaib. Sekiranya ayah mencapai kemuncak kuasa ajaib, pastilah ayah telah kuasai Kitab Sagara dan Kitab Nakara, atau digelar kitab cahaya dan kitab bayangan”
              “Atau juga kitab kebangkitan dan kitab kemusnahan”
              “Walau apa pun, itu adalah rahsia hidup ayah. Seperti yang ayah katakan, kau akan tahu nanti, kerana sudah sikapmu, atau sudah takdirmu.”
              “Awang, apa yang kau tahu tentang kuasa ajaib api?”
              “Ia membakar, tentunya”

Bersambung sebab makin malas nak susun ayat.

JFKW, JF&W

Just F#%King Write!
Just F#&K, &Write!!

whatever, I need to STOP scratching my note books and start to actually WRITE!
no matter how many note books I have, it amount to a very small actual result.

the actual result? a NOVEL.

I know it won't be just a novel. That explain all the painstaking preparation I made, in a form of notes.

notes and more notes.

enough of NOTES!

I will just write membuat tulis membuta tuli, and later pick all the pieces together.

I want to start 'broadcasting' this grand masterpiece to all audience. Soon.

Saturday, May 19, 2012

Hikayat Juara Tempur

never thought this piece of rumbling is already more than 10 years old!!!!
actually it was a 'counter-story' for a series of cerpen titled 'habrul prisma'.
yang tersiar di Pusat Karya Melayu.com
(so I googled it and it is still available.)
http://pskdum.blogspot.jp/2006/09/habrul-prisma_01.html
or maybe this one?
http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karya.asp?uid=144&ID=2873
I havent read the story is 10 years...
anyway, here come my piece!

-----------------------------------------------------------------------------

JUARA TEMPUR


Barangan baik tidak perlukan kata-kata indah.

Raynor hanya tersenyum membaca tulisan iklan di sebuah papan tanda elektronik di pinggir jalan. Sambil dihiburkan dengan lagu One Step Closer dari kumpulan Linkin Park, kereta prototaip Ragnarock07 itu terus membawanya ke ibu pejabat pentadbiran Kota Cakerawala. Memalukan, kalau dia masih lagi terpaksa memandu di sebuah negara yang paling maju teknoloji kecerdikan tiruan dan automasi di dunia ini.

Aldarris sudah menantinya di Pentas Merenung Bulan yang dibina khas di puncak Dewan Seribu Naga, nama khas bagi bangunan pentadbiran Kota Cakerawala. Sebagai kawasan larangan, tempat ini hanya boleh dimasuki oleh presiden dan orang kepercayaannya sahaja.. Raynor sengaja membina Pentas Merenung Bulan supaya dia dapat menyaksikan bandar Kota Cakerawala dengan mata kepalanya sendiri. Malah dia juga suka merenung langit pada waktu malam, menyaksikan bintang-bintang berkelip di langit tinggi. Namun tujuan sebenarnya hanya dia seorang sahaja yang tahu.

“Tuan presiden, laporan yang tuan kehendaki sudah kami sediakan. Tuan boleh lihat sekarang.”

Aldarris menekan beberapa butang pada papan kekunci di hadapannya. Kelihatan sebuah layar elektronik berwarna hijau terpapar di hadapan Raynor, mempamerkan semula taklimat tentang jentera perang terbaru negara Irlium. Raynor hanya memerhati dengan minat tanpa memberi sebarang reaksi.

“Tuan, ini sahaja maklumat yang kita dapat daripada ejen kita di sana. Maklumat dalaman projek itu adalah amat sukar untuk kita peroleh.”

“Hmmm…bagaimana dengan ejen kita? Adakah dia disyaki?”

Raynor bertanya sekadar mengambil berat. Dia tahu teknoloji pengintipan yang di’pinjam’nya dari makhluk Protoss itu mustahil dapat dikesan dengan teknoloji manusia biasa. Namun ejennya, ya, ejennya hanyalah manusia biasa saja…

“Tidak tuan. Masakan pemandu kepada seorang panglima tentera boleh disyaki sebagai ejen kita. Tetapi ‘observer’ yang kita hantar bersama-sama Panglima Waziri seolah-olah dapat dikesan oleh Arius mereka….kami terpaksa meletupkannya selepas tamat operasi.”

Aldarris bersuara kesal. Namun dia tahu dia telah menjalankan tugasnya untuk negara, untuk presiden. ‘Observer’ yang telah dihantar itu terpaksa diletupkan supaya rahsia negara tidak terbongkar langsung. Dia tahu nilai ‘teknoloji dari angkasa’ itu tiada galang gantinya di bumi, tapi dia pasti Raynor akan menyetujui tindakannya itu.

“Bagus. Yang paling utama ialah kepentingan negara. Biar berapa harganya sekalipun, kita tidak boleh menggadaikan negara. Sekarang kita sudah tahu rahsia terbesar negara Irlium.”

“Aldarris, kau arahkan saintis-saintis kita kaji kelemahan jentera perang mereka ini. Err...apa namanya? Hablur Prisma?”

“Habrul Prisma. Tuan, ada pesanan khas untuk tuan.”

“Siapa?”

“Yuna. Dia ingin berjumpa tuan di Galbadia Café, Pantai Irama, jam 1600. Saya pergi dulu”

“Baiklah. Aku mahu laporannya secepat mungkin.”

Aldarris beredar. Raynor termenung seketika di atas Pentas Merenung Bulan, memerhati langit petang. Dia kesal juga kerana untuk mendapatkan rahsia ketat negara Irlium, sebuah ‘observer’ terpaksa dikorbankan. Dia bukan tidak boleh mendapatkan semula ‘observer’ yang lain, cuma dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya. ‘Sahabat’nya di sebuah tempat yang amat jauh. Planet Shakuras. Planet kediaman makhluk bergelar Protoss dari kaum Tempular Hitam.

Raynor masih lagi memandang langit, cuba mengimbas kembali memori silamnya. Setelah terapung-apung di angkasa selama beberapa lama yang dia sendiri tidak tahu, pesawat tempur Wraith CF/A-17 yang membawanya terhempas di Planet Shakuras. Dia telah diselamatkan oleh Zeratul, makhluk Protoss dari kaum Tempular Hitam. Raynor juga telah belajar bahawa kaum Tempular Hitam telah dipulaukan oleh makhluk-makhluk Protoss yang lain di Planet Aiur.

Mungkin kerana Raynor senasib dengannya, Zeratul telah menjadi kawan baiknya selama di Shakuras. Di sanalah dia belajar berbagai teknoloji Protoss yang hebat-hebat, termasuk teknoloji penerokaan minda. Senjata terhebat bagi Protoss adalah kekuatan minda mereka, kata Zeratul padanya suatu hari. Di Shakuras, dia telah menghabiskan masanya bertahun-tahun mempelajari hikmat-hikmat unik milik kaum Tempular Hitam.

Beeep!!

“Tuan, jika kita bergerak sekarang, kita dijangka akan sampai ke Pantai Irama lima minit sebelum jam 1600”.

Peringatan dari kenderaan peribadinya Ragnarock07 menghalang Raynor dari berkhayal lebih lama lagi.

‘Hmmm….Irlium. Benda yang remeh-temeh seperti itu pun mahu dirahsiakan. Sistem keselamatan yang kononnya teramat ketat itupun boleh dibolos, inikan pula mainan kanak-kanak. Arius, aku akan kecewa kalau kau bergantung nyawa pada besi sekerap.’

Raynor bergerak menuju ke keretanya. Dia tahu dia tidak boleh main-main lagi. Walaupun dia suka memandang rendah lawannya, tidak bermakna dia akan memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negara dan rakyat jelata. Namun sekarang dia perlu menenangkan fikirannya dahulu. Dia perlu berjumpa orang yang dicintainya terlebih dahulu….

Yuna sudah menanti kehadirannya di kedai kopi itu dengan dua cawan Cappuccino yang masih berasap. Dia mengambil tempat duduknya di depan Yuna.

“Nampaknya tuan presiden kita sibuk kebelakangan ni?”

Yuna cuba berjenaka.

“Yuna, Yuna….Kau bukan tak tahu aku bukannya sukakan kuasa, apatah lagi nak memerintah. Tapi kerana nasib berjuta-juta rakyat Kota Cakerawala, aku terpaksa korbankan waktu kita bersama.”

“Lagipun, aku tak suka mengharapkan orang lain untuk melakukan sesuatu kerja yang aku harapkan kejayaannya….Aku harap kau faham.”

“Hmmm….Raynor, kau tak pernah berubah dari dulu. Mungkin kau patut ambil cuti juga sekali-sekala….tenangkan fikiran dan ringankan kepala.”

‘Yuna, melihat wajahmu saja sudah menenangkan fikiranku…’ ingin dia keluarkan kata-kata itu tapi hanya terlekat di bibir saja. Dia memang tidak suka memuji.

“Banyak kerja….”

Raynor berdalih. Malas beralasan panjang. Kadang-kadang dia kasihan pada Yuna. Kerana tugasan negaranya yang bertimbun, dia sudah jarang mempunyai kesempatan berjumpa Yuna.

“Yuna, aku tahu kau tak suka mengganggu kerja-kerjaku, kerana kau seorang yang amat memahami. Tentu ada sebabnya kau mengajak aku ke sini pada hari ini. Maksud yang besar, barangkali?”

“Aku terfikir untuk menjemputmu ke mari kerana sudah agak lama kita tidak ke sini bersama-sama, berjalan mengharungi Pantai Irama….”

Pantai Irama…. benar, sudah agak lama juga dia tidak ke sini. Tempat di mana kali pertama Raynor berjumpa Yuna setelah kembali ke bumi. Di Pantai Irama, Raynor sering bersama Yuna menyaksikan lautan luas yang membiru, dan langit panjang yang mendamaikan. Segala-galanya sungguh mendamaikan fikiran.

Tiba-tiba Yuna mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Dua buah buku yang agak tebal diletakkan ke atas meja. Raynor tertanya-tanya di dalam hati.

“Raynor, aku tahu kau tak ingat dunia kalau sedang membaca”

Yuna tersenyum sinis sambil menghulurkan sebuah dari buku-buku itu kepadanya. Raynor memandang tajuk buku itu….

“Falsafah Neraka??”
Raynor agak terperanjat melihat kitab itu. Kitab Falsafah Neraka yang berusia hampir ratusan tahun itu kononnya telah habis dimusnahkan oleh Kazuya Mishima, penguasa Kota Cakerawala tiga dekad yang lepas. Namun dia tahu pasti ada salinan kitab falsafah dan ramalan itu di serata pelusuk dunia ini. Kitab yang dikarang oleh Penjejak Neraka, pengasas Kota Cakerawala itu menjadi rebutan setiap manusia, terutamanya yang tamakkan kuasa. Kononnya di dalam kitab itu tertulis panduan rahsia sebuah senjata yang maha hebat. Kazuya Mishima membakarnya kerana tidak percaya akan isi kandungan kitab itu, juga kerana takut senjata yang disebutkan itu benar-benar wujud dan mengancam kedudukan kuasanya.

“Kepunyaan peribadiku….”

Yuna memberi penjelasan.

“Dan ini….tentu kau tak percaya melihatnya”.

Yuna menghulurkan buku yang sebuah lagi. Buku itu sudah uzur dan usang, namun ikatan tali yang mengikat helaian-helaian muka suratnya masih utuh. Raynor menyambutnya berhati-hati.

“Kitab Damo???”

“Ya, Kitab Damo yang asli. Kitab ini tiada salinannya yang lain.”

“Kau pernah membacanya?”

“Aku pernah cuba membacanya tapi aku tidak faham langsung apa yang ditulis dalam kitab itu. Tulisannya bukan tulisan yang biasa. Mengikut kata datukku, tulisan dalam buku itu adalah tulisan makhluk asing.”

“Makhluk asing?”

Raynor segera membuka helaian kitab itu. Perkataan makhluk asing begitu menarik perhatiannya.

‘Protoss….ini tulisan Protoss’. Raynor bersuara dalam hatinya apabila melihat isi kandungan kitab itu. Dia terperanjat besar. Mustahil tulisan makhluk Protoss yang berada puluhan tahun cahaya boleh membawa sampai ke bumi. Kepalanya mula bersarang seribu satu persoalan.

“Kitab Damo mempunyai sejarah yang amat lama. Kononnya kitab itu adalah kepunyaan tok guru Penjejak Neraka, pengasas kota ini. Kitab itu diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi pemerintah Kota Cakerawala, sehinggalah moyangku, Heihachi Mishima merampas kuasa daripada Laguna Rayzor, dan turut merampas kitab yang sangat berharga ini. Setelah kematian ayahku, aku menyimpan kitab rahsia ini biarpun tidak faham langsung kandungannya”

“Sebagai pemerintah Kota Cakerawala, kau lebih layak menyimpan kitab ini. Aku harap ia dapat memberi manfaat daripada menjadi beban untuk kau menyimpannya.”

“Yuna, benda yang tidak bernyawa ini tidak seharusnya dijadikan bebanan. Cukuplah sebagai pengajaran.”

Raynor sengaja tidak mahu mebongkarkan rahsia sebenar kitab itu kepada Yuna. Cukuplah dia seorang saja yang thau. Itupun sudah cukup, fikir Raynor. Dia pasti dia akan menjadi lebih sibuk selepas ini. Paling kurang sehari suntuk diperlukan untuk dia mengkaji sepenuhnya kitab-kitab misteri itu. Dan dia tidak bercadang mengganggu suasana harmoninya pada hari itu dengan urusan-urusan yang rumit dan memeningkan kepala.

Raynor menghabiskan sisa-sisa kopinya, sambil memandang wajah Yuna.

“Yuna, kau masih kelihatan ayu”

Yuna hanya mampu tersenyum. Mukanya sudah kemerah-merahan. Dia tahu Raynor bukan seorang hipokrit. Raynor juga bukan seorang yang suka memuji. Mendengar pujian dari Raynor bagaikan mimpi menjadi kenyataan bagi dirinya.

“Sudah lama aku tidak berjalan-jalan di pantai itu. Yuna, kau tidak keberatan menemani aku, bukan?”

Hati Raynor diresapi ketenangan tatkala menyisir tepian pantai yang bersih dan indah itu bersama Yuna. Sungguh dia rindukan kedamaian yang dirasainya sekarang ini. Dia tidak bercakap banyak dengan Yuna sepanjang perjalanan. Masing-masing melayani perasaan mereka sendiri. Barangkali mengingati peristiwa-peristiwa lalu sewaktu mereka bersama.

“Yuna, kau lihat laut biru itu. Sungguh menarik, bukan?”

“Ya, sungguh mendamaikan…dan romantik”

“Yuna. Kau sering berkata laut itu sesuatu yang sungguh romantik. Pada aku, kau ini jauh lebih romantik daripada laut itu”

Raynor memandang wajah Yuna. Sengaja ingin melihat reaksi Yuna. Yuna yang hanya tersenyum tiba-tiba ketawa kecil.

“Hahaha…..kau memang suka bergurau. Apa yang kau tahu tentang romantik?”

Dan kali ini giliran Raynor pula yang ketawa. Dia tahu dia bukannya seorang yang jiwang mahupun romantik. Dia hanya seorang yang gilakan buku dan pedang.

“Raynor, adakah melihat bintang-bintang di langit pada waktu malam juga sesuatu yang romantik?”

“Kau maksudkan Pentas Merenung Bulan?”

“Ya…”

“All of us are in the gutter….”
“….but some of us are looking at the stars”

“…so you’re looking at the stars, huh?”

“Bukan itu sahaja, Yuna. Bintang-bintang di langit itu adalah petunjuk bagi mereka yang mengetahui dan suka untuk berfikir. Aku mungkin bukan ahli astronomi, tetapi aku suka membaca kitab-kitab lama.”

“Peredaran bulan dan matahari, pergerakan bintang-bintang semuanya membawa maksud tertentu. Dan semuanya di dalam pemerhatianku.”

Raynor akhirnya mendedahkan rahsianya membina Pentas Merenung Bulan. Namun bagi dirinya sendiri, itu bukanlah satu rahsia. Cumalah tiada yang berani bertanya kepadanya. Bertanya kepada seorang presiden apa yang dilakukannya?? Mungkin tidak…

“Raynor, muka kau berkerut! Kau ada masalah? Atau kau telah menilik sesuatu alamat yang tidak baik dari bintang-bintang itu?”

Raynor terperanjat kerana Yuna telah membaca kerunsingan fikirannya. Air mukanya tidak dapat menyembunyikan sesuatu apa pun daripada pengetahuan Yuna. Agakan Yuna tepat sekali. Aturan bintang-bintang di langit yang menjadi semakin ganjil sejak kebelakangan ini agak meresahkan jiwanya. Tambahan pula dia tidak mampu meramal dengan tepat apa yang akan berlaku.

“Yuna. Aku menganggarkan beberapa tetamu misteri akan menemui aku dalam beberapa hari lagi. Cuma aku tidak pasti bila dan di mana dan siapa mereka-mereka itu.”

“Mungkin kitab Falsafah Neraka boleh membantu….?”

Yuna memberikan cadangannya. Kata-kata Yuna ada benarnya, kerana kitab itu memang banyak merakamkan perkara-perkara misteri di luar jangkauan fikiran manusia. Dia juga sebenarnya tidak sabar-sabar hendak membaca kitab itu. Namun dia perlu bersabar…

Raynor memandang Yuna seketika, seperti ingin berkata sesuatu.

“Umm? Kau ada perkara lain nak beritahu?

Yuna pantas menangkap.

“Aku bimbang. Bakal musuh-musuh kita bertambah hebat. Malah, sudah agak panjang aku menulis cerita pendek ini, tetapi Juara Tempur belum muncul-muncul lagi. Aku haruskan tamatkan bahagian satu cerita ini secepat mungkin. Namun aku ingin kau tahu satu rahsia….”

Raynor tidak meneruskan bicaranya, membuatkan Yuna tertanya-tanya. Walaupun tertanya-tanya, Yuna tidak menyerang Raynor dengan seribu pertanyaan, sebaliknya hanya diam dan menunggu Raynor menghabiskan kata-katanya.

“Sebenarnya….aku adalah keturunan Penjejak Neraka…”

“Hah!?”

tamat bahagian satu.







Teh Panas Untuk Panglima

"Sudah lama tuan berdiri di luar sana, apakah hamba dapat membantu?"
"Malam masih muda, sekiranya tuan panglima tidak keberatan mahukah tuan menemani hamba bersiar-siar keliling istana?"

bla bla
bla

"Sewaktu kecil dahulu, hamba sering bermain-main di sekeliling pohon rendang ini. Ia masih kelihatan besar pada hari ini."
"Apakah yang sebenarnya tuan mahukan dalam hidup ini?"
"Hamba hanya ingin bermain dan bergembira seaktu kecil-kecil dahulu. Tetapi itu tidak mungkin berulang lagi. Tidak, tidak seperti dahulu, sekalipun ia diulang kembali."
"Ia masih menjadi keinginan tuan, tentu ada sesuatu yang berharga di sebaliknya"
"Hamba cuma terkenangkan teman bermain waktu kecil-kecil dahulu. Ah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain."
"Tuan terkenangkan si dia teman bermain. Ah, andai saja hamba bisa menghiburkan tuan."
"Teh ini semakin sejuk. Eloklah tuan menikmatinya ketika masih panas."

"Layanan tuan dan tuanku amat baik kepada hamba, seorang panglima pihak lawan yang sangat berbahaya."
"Tuan panglima lebih kepada kawan daripada lawan kepada kami".
"Hamba amat terharu dan berterima kasih. Tetapi hamba bimbang, kebaikan tuan puteri tidak dikongsi oleh pihak lain di istana yang besar ini."
"Tuan panglima bimbang minuman ini beracun, bukan? Biarlah hamba merasainya dahulu untuk melenyapkan keraguan tuan panglima."

"Nanti dulu. Hamba bimbang kalau tuan juga menjadi sasaran mereka yang ingin membuat kacau dalam istana. Kisah Raja Gila bukannya berlaku sedekad lalu, malah masih menjadi ingatan buat mereka yang ingin berkuasa. Sekiranya ada yang berniat buruk terhadap tuan, tentunya ini adalah peluang baik buat mereka. Biar hamba memeriksa dahulu, kerana hamba juga berpengathuan selok-belok racun dan penawarnya"

"Keluarlah dikau!"

"Ia tidak berwarna, berbau atau berasa. Kerana itu ia sangat meragukan hamba. Racun yang terlalu sempurna juga akan menjadi kelemahannya!"

Tuesday, May 15, 2012

Kau Ingin Pergi...

"Kau ingin pergi dari pulau ini...". Tok Tereng berkata selamba.
Awang tercengang seketika, lantas memandang ke muka Tok Tereng seolah-olah mencari kepastian.
Namun tidak lama, dia merenung semula ke arah unggun api di depannya.
"Kenapa ayah berkata begitu?", soal Awang pendek.
"Kau mengumpulkan kayu api yang mencukupi untuk empat musim dingin. Ayah terfikir mahu menjualnya pada jiran-jiran!", sempat Tok Tereng berseloroh, namun Awang tidak berminat untuk senyum atau ketawa.
"Musim dingin kemungkinannya lebih panjang...", balas Awang, mahu mengelak tuduhan.
"Hahahahaha...kemungkinannya? Awang? Jawapan kau hanya ada dua jawapan. Satu, kau tidak yakin sama sekali apakah musim dingin akan datang panjang atau tidak...Kau hanya bermain kata seperti biasa, tanpa menetapkan pendirian kau. Seperti biasa."
Tok Tereng menempelak Awang dengan jawapannya yang samar-samar, namun tidak meneruskan kata-katanya, sebaliknya memancing Awang untuk mencelah.
"Dan yang kedua?", soal Awang, dengan mudah sekali termakan pancing ayah angkatnya yang sudah lama makan garam.
"Kau ingin pergi dari pulau ini...". Tok Tereng mengulang semula perkataannya di awal bicara.