Showing posts with label Serpihan Cerita. Show all posts
Showing posts with label Serpihan Cerita. Show all posts

Saturday, August 1, 2015

Petikan Novel : Long Live SUmmon c.23



There were many ways to kill a person, one way was to ‘use female charms to lure a man and kill him.’ This method was one of the most effective, as well as one of the most formidable ones.
As the old sayings go: Liquor is the sword that pierces your intestines, lust is the blade that scrapes your bones.
Yue Yang reckoned that if Tie Kuang had drank so much liquor and had so much sex but was still standing, then he could become a superman in person.

Tuesday, January 13, 2015

Excerp : Way of Choice

https://bingnovels.wordpress.com/way-of-choice/chapter-22-its-just-this-simple/

If it was anyone else in this kind of critical moment, they will continue this process until they succeed. But Chen Chang Sheng looked at the sun and noticed it has already moved westward and dawn was here. He put down “Purification” and collected the books on the floor. Then he walked out of the library.
It was time for dinner.
————————————————–
Since he needed to eat dinner, he ignored the chance to change his life. If this is self-discipline, then this self-discipline was too strict and harsh. It was almost to the point of self-harming. But it could also be viewed as self confidence because he believe that chance wouldn’t slip away.

Sunday, January 11, 2015

Excerp : MGA

http://www.wuxiaworld.com/mga-index/mga-chapter-135/

“My lord father, if you had to blame something, you can only blame your lack of understanding towards Chufeng. He does not live for the world, he lives for himself and those who he care about. Other people in his eyes can be useful, or they can be useless. It would be in vain to hold that against him.”

Thursday, February 20, 2014

Tujuan Perjalanan Habuan Perjuangan

"Sebuah perjalanan harus ada tujuan. Sebuah perjuangan harus ada habuan. Daku hanyalah insan biasa, bertanyakan suatu yang sesuai dengan pemikiran orang-orang biasa".

"Awang, janganlah kau menganggap kami tidak kenal siapa engkau. Tidak pernah sebarang kelakuanmu terlepas dari pandangan kami di pulau ini. Dan tiada yang biasa dalam perkataanmu, apatah lagi tentang hal sepenting ini. Ada batasnya untuk seseorang merendah diri!"

"Tuan terlalu memandang tinggi padaku, tetapi ianya tidaklah menjawab persoalan yang daku kemukakan. Daku sendiri mempunyai orang tua yang sudah uzur, dan anak buah yang masih kecil. Mereka akan mengalami sedikit sebanyak kesukaran sepanjang ketiadaanku, sekiranya daku menyertai rombongan ini. Dan daku pasti anak muda yang lain juga ada tanggungan masing-masing pada keluarga mereka."

"Kami penghuni pulau ini semuanya berdarah pahlawan. Kami tidak minta ganjaran ke atas khidmat kami sebagai pejuang. Mengapa kau harus meminta-minta sedangkan peluang untuk berjalan dan berjuang adalah suatu hadiah yang kami nanti-nantikan?"

"Benar katamu, merendah diri ada batasnya! Setiap tahun anak-anak muda pulau ini mengembara ke Tanah Besar mencari sebuah harga diri, dan setiap rombongan yang melawat dan membawa mereka pergi dari pulau ini membawa hadiah dan saguhati untuk keluarga yang ditinggalkan. Ia tidak pernah diminta tetapi semua mengharapkannya, atau adakah daku tidak bercakap benar?"

"Sudah! Awang, jangan kau terlalu celupar. Kami tidak pernah meminta apa-apa mahupun mengharapkan imbuhan dari orang lain.
bla bla bla

OR
Awang made Zeratul say it. And advising him along the conversation/argument.


Tuesday, June 11, 2013

Tentang Tuhan ex

"Aku percaya nasib manusia ditentukan oleh diri mereka sendiri"

"Oh, benarkah begitu? Khabarkan padaku, pernahkah kau mengalami keadaan di mana kau sendiri tidak berupaya berbuat apa-apa tentangnya? Pernahkah kau hanyut di lautan dan tidak berdaya lagi untuk berenang? Pernahkah kau tersadai di padang pasir tanpa setitik air dan tidak lagi berupaya walau merangkak? Kemudiannya kau diselamatkan?"

"Mereka diselamatkan oleh nasib baik yang menimpa ke atas mereka"

"Hanyalah munasabah 'nasib baik' yang sama juga yang menciptakan alam ini, semua lautan dan daratan. Dia yang menguasai dan mentadbirnya. Umumnya, 'nasib baik' yang kau maksudkan itu dipanggil Tuhan".

"Kami percaya Tuhan yang Maha Hebat hanyalah satu. Namun rakyat negara ini ada menjadikannya dua atau tiga atau berbilang-bilang. Mereka juga mereka pelbagai gambaran untuk Tuhan mereka. Namun lebih malang lagi ada juga yang tidak percaya kewujudan Tuhan".

"Tuan menjemput bencana sekiranya membicarakan hal ini di depan umum. Tuan tentunya maklum Raja Adelar adalah pengikut kuat Tuhan 'cahaya', iaitu Tuhan yang baik, dan menentang Tuhan 'kegelapan', Tuhan  yang 'jahat'".

"Anak muda, kau juga mentertawakan mereka, lebih baik kau juga jaga lidahmu di depan mereka"

"Hahahahahhahahahhahahahahhahaha Hahahahahahahahahaha"


Risalah Permulaan - AAT

Risalah Permulaan - Mukadimah - Muqaddam.
Pembuka Ayat-ayat Tuhan. Fatihah-Fatah.

"Engkau inginkan pencerahan atau penambahan dari yang sedia ketahui?"

"Pencerahan? Tindakan yang tepat, kerana aku akan menghadiahkan penambahan untukmu, sebagai hadiah".

"Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani".
"Segala puji-pujian kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

"Bagaimana sekiranya seseorang itu tidak bertuhan?"

"Di golongan manakah engkau berada?"

"Sahabat baikku mengatakan aku tidak bertuhan..."

"Tetapi jauh di sudut hatimu menidakkannya bukan?"

"Beginilah, peneyelesaian yang mudah untukmu. Anggap saja Tuhan yang Maha Menguasai itu wujud. Lebih mudah bagimu untuk memahami Risalah Permulaan ini. Kau mahu atau tidak?"

Saturday, April 6, 2013

The Heroes Need Villains


"Well, Dimitri. Every search for a hero must begin with something 
that every hero requires, a villain. Therefore, in our search for 
a hero, Belairiform, we created the monster, Chimera."

The old PM suggested to the new King to wrested the Ivory Tower from The North for themselves, and opened the Dimension Door, which eventually led to the release of magical energy and resurrected every kind of monsters throughout the lands.

Then the King won't have to worry much about the competition between other castles and foreign enemies, as they all need to face the new dark/shadow enemies emerging from everywhere especially caves, dungeons and graveyard. Zombies, Skeletons and the sort are normal sight even in daylight, and they get stronger by night.

However there is also blessings that come with it. There are new solo and band heroes rising. 

Bukit Stronger, first discovered by Zerakul, later conquered by both him and Awang.
And, Zerakul was one of the best student in swordsplay before he was defeated by Awang in a single strike. He was in coma for many days, and Awang got expelled from school. He and Awang became best friend after that though, and they used to duel together either at Awang's house or his castle, and later at Bukit Stronger.

It is still 1-0 between Awang and Zerakul. Hence why Awang named the sword Monkuris Sepuluh Nyawa, as Zerakul already defeated one time.

Thursday, May 24, 2012

Kawan Lama Tok Tereng

Namaku Kralnor.

"Aku jarang melihat pakcik di pulau ini. Adakah pakcik dari tanah besar atau jarang-jarang keluar?" soal Awang cuba berbual-bual.
"Aku hanya singgah di sini untuk melihat kau, anak muda".
"Kenapa saya, pakcik?"
"Kerana kau mewarisi jiwa raja-raja Adelar. Kau mungkin lupa, tetapi batu jiwa yang kau sematkan ke dalam jari-jarimu itu tidak sabar-sabar mahu menjelma kembali."
"Ke sini, hulurkan tanganmu dan hamparkan telapak tanganmu". Kralnor meletakkan sebiji hablur kecil berwarna merah di tapak tangan Awang dan menutupnya semula menjadi genggaman.
"Pejamkan matamu dan cuba rasakan"

"Ia seperti jiwa yang terjerat dan ingin bebas!"
"Hablur ini dipanggil serpihan jiwa. Pengamal kuasa mistik aliran api gelap atau warulok sahaja yang mampu menghasilkannya, dan menggunakannya. Kau faham apa maksudnya?"
"Ia benar-benar sesuatu yang menakjubkan. Apa kuasa istimewa yang mampu dijelmakan oleh batu serpihan ini, contohnya?"
 "Warulok berdarah raja yang memiliki serpihan jiwa raja, layak memanggil Chaos Legion dari Alam Misteri. Warulok yang lainnya mampu mengawal makhluk alam kubur berkebolehan istimewa."

"Ambillah ini, hadiah buatmu."
"Ia mungkin menyelamatkan nyawamu nanti"
"Dari apa? Dari siapa?"
"Adakah semua orang mengetahui bagaimana dia akan mati, anak muda?"
"Err..mungkin tidak"
"Hahahahahahahhaahhaaha...aku hanya bergurau denganmu, Awang! Kau! Kau akan mati kerna wanita!"
"Kenapa begitu, pakcik?"
"Wanita, kerana senyumannya menggoda, matanya memukau, dan cintanya beracun. Racun paling berbisa adalah cinta wanita!"
"Namun jika kau selamat, kau akan menjadi manusia yang sangat hebat"
"Dan jika tidak selamat?"
"Awang, kau bertanya seperti budak mentah. Perlukah kau tanyakan apa akan berlaku sekirang kau sudah mampus?"

"Bagaimana ayahmu, Tok Tereng?"
"Dia masih segar dan kuat. Apakah pakcik kenal ayah hamba?"
"Kami pernah sama-sama mengembara di masa muda. Dia adalah warulok paling berbakat yang pernah aku jumpa"
"Tetapi tidak sehebat tuan, bukan?"
"Kau mengampu aku, tetapi aku tidak akan ceritakan perihal ayahmu. Tidak hari hari ini."
"Tetapi pakcik baru saja memberitahu hamba bahawasanya ayah hamba Tok Tereng adalah seorang warulok!"
"Budak, aku hanya bergurau. Adakah ayahmu kelihatan seperti seorang warulok?"

"Pakcik sudah tahu namaku, Awang. Atau Awang Budak Hanyut. Atau Awang Selamat. Siapa nama pakcik?"
"Awang, berapa banyak gelaran kau ada, itu bukan namamu."
"Pakcik tahu nama sebenarku?"
"Bukan urusanku sekarang"
"Jadi apa nama pakcik?"
"Awang, apa yang dapat lihat padaku?"
"Janggut yang panjang?"
"Panggillah aku Tok Janggut. Dan, tak usah sampaikan salamku pada ayahmu."
"Kenapa?"

"Kau akan mati tidak lama lagi".


Saturday, May 19, 2012

Teh Panas Untuk Panglima

"Sudah lama tuan berdiri di luar sana, apakah hamba dapat membantu?"
"Malam masih muda, sekiranya tuan panglima tidak keberatan mahukah tuan menemani hamba bersiar-siar keliling istana?"

bla bla
bla

"Sewaktu kecil dahulu, hamba sering bermain-main di sekeliling pohon rendang ini. Ia masih kelihatan besar pada hari ini."
"Apakah yang sebenarnya tuan mahukan dalam hidup ini?"
"Hamba hanya ingin bermain dan bergembira seaktu kecil-kecil dahulu. Tetapi itu tidak mungkin berulang lagi. Tidak, tidak seperti dahulu, sekalipun ia diulang kembali."
"Ia masih menjadi keinginan tuan, tentu ada sesuatu yang berharga di sebaliknya"
"Hamba cuma terkenangkan teman bermain waktu kecil-kecil dahulu. Ah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain."
"Tuan terkenangkan si dia teman bermain. Ah, andai saja hamba bisa menghiburkan tuan."
"Teh ini semakin sejuk. Eloklah tuan menikmatinya ketika masih panas."

"Layanan tuan dan tuanku amat baik kepada hamba, seorang panglima pihak lawan yang sangat berbahaya."
"Tuan panglima lebih kepada kawan daripada lawan kepada kami".
"Hamba amat terharu dan berterima kasih. Tetapi hamba bimbang, kebaikan tuan puteri tidak dikongsi oleh pihak lain di istana yang besar ini."
"Tuan panglima bimbang minuman ini beracun, bukan? Biarlah hamba merasainya dahulu untuk melenyapkan keraguan tuan panglima."

"Nanti dulu. Hamba bimbang kalau tuan juga menjadi sasaran mereka yang ingin membuat kacau dalam istana. Kisah Raja Gila bukannya berlaku sedekad lalu, malah masih menjadi ingatan buat mereka yang ingin berkuasa. Sekiranya ada yang berniat buruk terhadap tuan, tentunya ini adalah peluang baik buat mereka. Biar hamba memeriksa dahulu, kerana hamba juga berpengathuan selok-belok racun dan penawarnya"

"Keluarlah dikau!"

"Ia tidak berwarna, berbau atau berasa. Kerana itu ia sangat meragukan hamba. Racun yang terlalu sempurna juga akan menjadi kelemahannya!"

Tuesday, May 15, 2012

Kau Ingin Pergi...

"Kau ingin pergi dari pulau ini...". Tok Tereng berkata selamba.
Awang tercengang seketika, lantas memandang ke muka Tok Tereng seolah-olah mencari kepastian.
Namun tidak lama, dia merenung semula ke arah unggun api di depannya.
"Kenapa ayah berkata begitu?", soal Awang pendek.
"Kau mengumpulkan kayu api yang mencukupi untuk empat musim dingin. Ayah terfikir mahu menjualnya pada jiran-jiran!", sempat Tok Tereng berseloroh, namun Awang tidak berminat untuk senyum atau ketawa.
"Musim dingin kemungkinannya lebih panjang...", balas Awang, mahu mengelak tuduhan.
"Hahahahaha...kemungkinannya? Awang? Jawapan kau hanya ada dua jawapan. Satu, kau tidak yakin sama sekali apakah musim dingin akan datang panjang atau tidak...Kau hanya bermain kata seperti biasa, tanpa menetapkan pendirian kau. Seperti biasa."
Tok Tereng menempelak Awang dengan jawapannya yang samar-samar, namun tidak meneruskan kata-katanya, sebaliknya memancing Awang untuk mencelah.
"Dan yang kedua?", soal Awang, dengan mudah sekali termakan pancing ayah angkatnya yang sudah lama makan garam.
"Kau ingin pergi dari pulau ini...". Tok Tereng mengulang semula perkataannya di awal bicara.

Tuesday, April 24, 2012

Hikmat Khayalan Seribu Impian

http://www.liriklagu.com/liriklagu_ad/Casey_Seribu.html

lower the resistance
more prone to mind magic
unleash! the hikmat khayalan

di arena malam pesta tahunan pulau
antara awang dan bakal monkuris terhebat
khayalan makhluk alam kubur memenuhi gelanggang

untuk tontonan rakyat jelata
bukan pahlawan berhikmat perkasa
kerana pertarungan hanya satu pertunjukan

Monday, March 12, 2012

Pedang Monkuris Sepuluh Nyawa

Faithful Man. Useful Servant.
Begitulah yang terukir di kedua mata pedang bernama Monkuris Sepuluh Nyawa. Pedang yang ditempa khas dari Awang kepada sahabat karibnya Bawang. Walaupun Bawang tidak menguasai sepenuhnya bahasa lama, namun dia masih mampu memahami maksud empat patah perkataan itu.

Empat patah perkataan tersebut, dan nama pedang itu sendiri begitu sesuai sekali dengan dirinya. Bawang tidak segan silu memberitahu kepada siapa saja tentang cita-citanya untuk mencapai tahap Monkuris Sembilan Nyawa, satu gelaran yang hanya dicapai oleh seorang Monkuris sahaja di seluruh Tanah Aden.

Monkuris adalah gelaran umum kepada 'Pahlawan Cahaya Suci'. Mereka yang terpilih untuk dilatih sebagai Monkuris hanyalah sebilangan kecil manusia istimewa yang bukan sahaja mempunyai kuasa ajaib yang tinggi tetapi juga kekuatan fizikal yang setanding pahlawan aliran kuasa jati. Semenjak Bawang diketahui mempunyai kuasa ajaib oleh Tok Gereng, dia mula berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk melayakkan dirinya memasuki sekolah kuasa suci di Kota Kedua Aden.

Poyo.

Membunuh Dengan Penuh Sengaja 2

key point:
speed and elegance.
opponent wielding heavy weapon.

"Jurus ini kau sudah mampu lakukannya. Namun hanya untuk lawan tertentu. Seperti Armus. kau tahu kenapa?".
"Dia tidak sehandal abang Arai".
"Close, but no cigar. Benar, jurus ini hanya berguna untuk lawan yang kurang handal seperti Armus. Tetapi juga kerana senjata yang dia gunakan. Kapak perang Armus adalah senjata berat dan tidak mudah digunakan dengan pantas. Dan kau tentu tahu apa yang kau perlukan untuk melancarkan jurus ini?"
"Ya, kepantasan."
"Benar. Kepantasan adalah kunci untuk menjayakan jurus ini. Namun untuk menyesuaikan jurus ini dengan namanya, Membunuh Dengan Penuh Sengaja, kau perlukan 'elegance'. Gerak badan yang selamba dan penuh sengaja. Ini lebih sukar dilakukan".
"Dan Rogius, mengapa perlu membunuh dengan penuh sengaja sedangkan jurus biasa saja sudah memadai? Ia adalah untuk kesan berpanjangan, Rogius. Mereka akan takutkan kau, mereka akan tahu kau bukan saja mampu mebunuh, tetapi dengan bergaya! Seolah-olah kau mampu membunuh sesiapa sahaja, sesuka hatimu pada bila-bila masa!"

"Biar aku tunjukkan".
Arai mengambil sebatang ranting sepanjang sebilah pedang lincah, dan memotong sebatang dahan sebesar sebilah pedang besar, dan diberikannya dahan itu kepada Rogius.
"Kau libaskan dahan ini seperti sebilah pedang dua tangan."
Sebaik saja Rogius menetakkan dahan itu ke bawah, ranting di tangan Arai sudah di lehernya.
"Kau faham, bukan? Ada saatnya ketika senjata berat ditetakkan di mana lehernya terdedah luas untukmu memenggalnya dengan mudah. Kuncinya adalah membuatkan lawanmu seperti patung yang kau boleh pulas lehernya bila-bila masa".
"Bagi pemain dua pedang pantas sepertimu, ia lebih mudah dilakukan kerana kau boleh menetaknya dari arah kiri atau kanan mengikut hayunan senjata lawanmu".

Thursday, March 8, 2012

Membunuh Dengan Penuh Sengaja

"Kalau kau benar-benar ingin mencabarku, silalah ke tengah gelanggang seperti anak jantan"
Armus tidak berfikir panjang terus berjalan ke ruang kosong di antara mereka. Yang lain pula bergerak menjauhkan diri, menjangka suatu pertarungan yang sengit. Tambahan pula senjata yang menjadi pilihan Armus ialah sebilah kapak perang, sudah tentu mereka tidak mahu menjadi mangsa tetakan liar biar apa pun kemungkinannya.

Armus juga tidak mahu berfikir panjang. Dia yakin jurus Tetakan Maut yang sudah dikuasainya bertahun-tahun sudah sempurna. Malah dia juga mempunyai jurus rahsia sekiranya terdesak. Sebelum dia menamatkan pengajiannya di sekolah kuasa jati, dia dan sebilangan kecil pahlawan lain diperturunkan Taufan Pedang, salah satu dari tiga jurus terakhir dalam Kitab Pahlawan.

Taufan Pedang - You become a whirling storm of destructive force, instantly striking all nearby targets for 150% weapon damage and continuing to perform a whirlwind attack every 1 sec for 6 sec.  While under the effects of Bladestorm, you do not feel pity or remorse or fear and you cannot be stopped unless killed or disarmed, but you cannot perform any other abilities.

Arai juga berdiri dari tempat duduknya dan memandang ke arah semua orang, sebelum menghalakan pandangannya ke arah Armus.
"Aku tidak suka bermain-main atau menunjuk-nunjuk kehebatanku. Jika kau ingin menguji kehebatanku yang sebenar, kau harus bersedia mempertaruhkan nyawamu!".
Arai memandang tajam kepada Armus dan membuat isyarat mengerat leher dengan tangannya.
"Mati atau cabut lari. Aku tidak menerima syarat lainnya."

Armus tidak dapat menahan sabarnya lagi.
"Arai, sudah sekian lama kau berpura-pura di hadapan kami semua. Kononnya kau hebat tapi aksi kau seperti pondan. Mengapa tidak kau tunjukkan kejantananmu pada hari ini?"
"Armus, janganlah kau terburu-buru ingin ke alam baqa."
"Saudara sekalian, adakah kamu semua mampu menanggung kehilangan seorang daripada kamu? Tuan Panglima Besar? Tuan Puteri?"
"Rogius, adakah kau tidak mahu menghalang? Atau kau juga masih ragu dengan kehebatanku?"

 Rogius terdiam. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Kehebatan Arai memang tiada tandingan lagi pada pandangannya. Namun seperti ada sesuatu yang menghalangnya dari membuka mulut.


"Atau kau mahu melihat jurusku yang belum pernah aku perlihatkan padamu?". Arai menujukan pandangannya ke arah Rogius. "Aku namakan ia 'Membunuh Dengan Penuh Sengaja'".


Arai lalu membawa langkahnya ke tengah medan berhadapan Armus. Dia duduk bertinggung sambil telapak tangan kanannya menyentuh tanah, seolah-olah cuba merasai bumi di sekitarnya. Lalu digenggamnya sedikit debu dan dilepaskan perlahan-lahan.


"Dari tanah kembali ke tanah...".


"Rogius, pinjamkan pedangmu". Tanpa membantah Rogius mengeluarkan pedangnya dari sarung dan dipersembahkan kepada Arai dengan penuh hormat. Arai menghayunkan pedang lincah itu beberapa kali. Kemudian disertai dengan gerakan pedangnya Arai berkata, "Begini caranya aku akan memenggal lehermu"


CERITA INI:
Arai bercakap besar kononnya dia sangat hebat, kononnya dia akan membunuh lawannya. Dia berharap semua yang lain tidak percaya kata-katanya dan kerana bimbang Arai yang akan terbunuh nanti, akan menghentikan perlawanan itu. Arai bermain kata memuji kehebatan dirinya dengan maksud akhir supaya perlawanan itu tidak dilangsungkan, sama ada orang percaya atau tidak. Tetapi dari awal cerita sudah diketahui Arai suka bercakap besar kononnya untuk menutupi kelemahan dirinya.


Tetapi bagi yang mengetahui kehebatan Arai yang sebenar sperti Rogius and Tok Gurunya di Sekolah Kuasa Jati, sudah tentunya bersetuju dengan kata-kata Arai.


Oleh kerana masing-masing tidak percaya, dan Rogius masih ragu atau mahu melihat jurus rahsia Arai, maka perlawanan dilangsungkan. Ini membuatkan Arai sangat marah kerana dia benar-benar tidak mahu menonjolkan kekuatan sebenarnya. Dia melancarkan Hikmat Khayalan peringkat tinggi membuatkan orang lain melihat seolah-olah dia telah memenggal leher Armus, manakala bagi TP, TP dan Lulu, mereka tidak terkesan dengan hikmat khayalan Arai itu dan melihat apa sebenarnya yang berlaku.


YANG BERLAKU:
Arai menggunakan hikmat khayalan. Armus terbungkam tidak bergerak. Arai melepaskn geramnya dengan melancarkan Tinju Maut DiRaja berkali-kali sehingga patah-riuk tulang temulang Armus, dan kemudian merawatnya semula. Arai memacak kapak perang Armus betul-betul di atas lengan Armus yang tersadai di batang pokok. Bila Armus terjaga dan mahu bangun sebelah lengannya tercedera terkena mata kapak. Hukuman yang ringan bagi Arai.


Arai kemudian menepuk bahu Rogius membuatkan Rogius tersedar. Kemudian berkata kepada Rogius, "aku akan tunjukkan jurus Membunuh Dengan Penuh Sengaja yang sebenar kepadamu nanti".