Tuesday, June 11, 2013

Tentang Tuhan ex

"Aku percaya nasib manusia ditentukan oleh diri mereka sendiri"

"Oh, benarkah begitu? Khabarkan padaku, pernahkah kau mengalami keadaan di mana kau sendiri tidak berupaya berbuat apa-apa tentangnya? Pernahkah kau hanyut di lautan dan tidak berdaya lagi untuk berenang? Pernahkah kau tersadai di padang pasir tanpa setitik air dan tidak lagi berupaya walau merangkak? Kemudiannya kau diselamatkan?"

"Mereka diselamatkan oleh nasib baik yang menimpa ke atas mereka"

"Hanyalah munasabah 'nasib baik' yang sama juga yang menciptakan alam ini, semua lautan dan daratan. Dia yang menguasai dan mentadbirnya. Umumnya, 'nasib baik' yang kau maksudkan itu dipanggil Tuhan".

"Kami percaya Tuhan yang Maha Hebat hanyalah satu. Namun rakyat negara ini ada menjadikannya dua atau tiga atau berbilang-bilang. Mereka juga mereka pelbagai gambaran untuk Tuhan mereka. Namun lebih malang lagi ada juga yang tidak percaya kewujudan Tuhan".

"Tuan menjemput bencana sekiranya membicarakan hal ini di depan umum. Tuan tentunya maklum Raja Adelar adalah pengikut kuat Tuhan 'cahaya', iaitu Tuhan yang baik, dan menentang Tuhan 'kegelapan', Tuhan  yang 'jahat'".

"Anak muda, kau juga mentertawakan mereka, lebih baik kau juga jaga lidahmu di depan mereka"

"Hahahahahhahahahhahahahahhahaha Hahahahahahahahahaha"


No comments:

Post a Comment