Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

Some Random Sheet


“Hmph. Feel free to use whatever techniques you feel proud of. Otherwise, you won’t have the chance to do so after you die.” Elquin said calmly. - Coiling Dragon.

---

Raja yang hanya pandai mengarah, tidak pandai menghadiah (memberi hadiah) adalah raja yang bodoh.

Tuesday, May 27, 2014

EPILOGUE: on the boat back to Adelar without Awang

"If you leave anyone behind, they will come back to haunt you"
"Apa maksudnya Awang? Kau lebih mengetahui tentang segala yang kelabu"
"Ini kiasan yang sangat mudah. Kalau sesiapa tertinggal dalam perjalanan kita, anggap dia sudah mati. Bila dia mati, jadi hantu dan akan datang mengganggu"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kau percaya kata-kata dia? Pernahkah kau mendapat jawapan yang benar dari Awang?"
"Jawapannya masuk akal. Sebanyak mana aku fikirkan, tidak ada kesalahan dari jawapan dia. Apa, kau ada penjelasan yang lebih baik?"
"Kau harus sedar maksudnya tidak semudah itu...."
"Tidak penting bagiku. Hantu jembalang bukannya lawanku"

"X, kau curigai aku? Pernahkah aku berkata yang tidak benar?"
"Awang, kebenaranmu bercabang-cabang. Orang-orang kebanyakan menyangka engkau bijak, sebaliknya kau seorang yang licik. Apa salahnya kau berkata yang sebenarnya, atau dirimu sememangnya penuh kepuraan?"
"Aku hanya memberi jawapan yang sesuai dengan si penanya. Kau sangka aku mahu menghabiskan masaku berceloteh panjang tentang ilmu jiwa? Tiada pihak yang sukakannya"

"Hanya kali ini...aku sudi mendengarkannya syarahanmu"
"Kau akan benar-benar memahaminya setelah pulang ke pulau nanti"
"Terlalu lambat, apa jaminan kau masih hidup waktu itu?"
"Kalau aku mati, aku jadi hantu dan menceritakan jawapannya kepadamu!"

Tuesday, December 18, 2012

Menulis Tentang Seorang Sahabat

"Kau ingin menjadi musuhku, Zerakul?"
"Ia hanya sebuah cerita rekaan, bukan?"
"Kau pasti ianya bukan semata-mata kerana Lana?"
"Awang, aku adalah pahlawan aliran suci, dan kau pula tidak bertuhan. Aku mewakili cahaya dan kau adalah kegelapan. Pengakhiran cerita kita adalah pertarungan paling hebat di atas muka bumi ini antara kau dan aku".
"Hebat! Hebat sekali! Aku memang terlalu ingin merubah kisah-kisah dongeng karangan penulis-penulis dahulu kala yang sentiasa memenangkan pihak yang lemah. Sehingga ke akhir hayatku, aku berpegang kepada prinsip 'yang kuat akan mengalahkan yang menang'. Kekuatan akan sentiasa mengalahkan kemanusiaan, perasaan, atau cinta dan kasih sayang. Tidak, tidak, aku tidak akan benarkan pembohongan ini diteruskan di dalam cerita-cerita dongeng penulis hingusan yang tidak pernah ke medan perang"

"Awang, cahaya akan sentiasa mengalahkan kegelapan, kau tahu itu."
"Ya, dan yang kuat akan mengalahkan yang lemah, kau juga tahu itu"
"Ya, kegelapan mempunyai kekuatan yang hebat, tetapi cahaya mempunyai kekuatan yang tidak terhingga"
"Hanya sekiranya engkau benar-benar percaya"
"Tuhanku di belakangku, sedangkan kau tidak ada sandaran. Kau akan tewas, Awang!"
"Tidak sekiranya aku juga punya sandaran yang lebih hebat"

Wednesday, November 21, 2012

Menulis Kisah Tentang Aku

"Jadi, kau mahu menulis kisah tentang dirimu sendiri?"
"Ya, itu sudah hampir pasti"
"Apa yang kau akan tuliskan tentang diriku?"
"Kau adalah sahabat baikku. Apa yang kau mahu aku tuliskan tentang dirimu?"
"Kau akan jadikan aku lawanmu yang terhandal"
"Adakah ini ada kena-mengena dengan Lana?"
"Sedikit sebanyak..."

"Adakah kau akan jadikan aku tewas ditanganmu?"
"Ia akan menjadi kisah hidupku. Apa fikirmu?"
"Aku menganggap kau seorang yang bukan sahaja hebat tetapi amak bijak. Kau akan berlaku adil sama ada ia benar atau rekaan semata-mata"
"Kau amat memahami diriku. Aku tidak menyesal menjadikan kau sahabatku"

----

"Awang, kau asyik menulis sepanjang perjalanan kita. Apa isinya?"
"Ia tentang perjalanan dan kita semua"
"Kisah ini akan tersebar ke serata Adlar setelah aku bukukan dan ulang cetak nanti"
"Hmm..Awang, bolehkah kau jadikan watakku seorang yang hensem dan paling banyak menewaskan musuh?"
"Dan jadikan aku seorang kaya dan terkenal!"
"Aku pula ingin berkahwin dengan puteri raja"
"Kau pula, Huntar?"
"Aku mahu berjaya menjinakkan Stormwolf sebagai belaanku"

"Rougyar, kau tidak ada apa-apa permintaan?"
"Aku pasti abang Awang akan membenarkan aku menentukan nasibku sendiri"
"Kau cukup bijak. Aku pasti kau mampu mengatasi aku suatu hari nanti"

Thursday, November 8, 2012

Contoh Yang Baik

"Aira akan menjadi contoh yang baik kepada ibu bapanya".
That's what I was always saying to my daughter.

Yes, the mission, the task, the goal, for the child is to exceed his elders.
The goal of a junior is to be better than his senior.
The same for the pupil, to exceed his master.

Awang, tidak mahu memberi taraf anak murid kepada Rougyar selagi Rougyar belum mengatasinya dalam ilmu bermain pedang.

Ini kerana tok guru Awang jugak tidak mahu menerima Awang sebagai muridnya sebelum Awang menewaskannya. Namun Awang berjaya menewaskan bakal gurunya dengan hikmat istimewa yang sama yang digunakan ketika berlatih dengan Zerakul di Akademi.

Awang mula sedar akan hakikat ini. Kerana itulah dia juga mengenakan syarat yang sama kepada Rougyar.
Maka impian Rougyar selama ini hanyalah mahu menjadi murid Awang. Itulah yang menjadi panduan hidupnya sekarang.

Namun Rougyar hanya akan berjaya mengatasi Awang dalam Hikayat Kedua, setelah Awang kembali dari utara.

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Awang. Roughyar akan mampu mengatasainya dengan pedang, tetapi tidak bermakna dia akan dapat menewaskan Awang. Kerana Awang telah menjadi terlalu handal dan tidak mampu lagi ditewaskan oleh sesiapa. Namun telah memenuhi syarat Awang untuk mengiktiraf Rougyar sebagai muridnya.

Tuesday, May 29, 2012

Mencari Otai Dalam Ichiroku

lalu aku membuka sebuah benang yang kemudian menjadi lembaran
masih belum kutemukan saat tenang untuk kuukir menjadi tulisan

namun langkahku tak akan berhenti di sini
gerhana itu membakar hatiku

Friday, May 25, 2012

Antara Sutra dan Bulan

terlihat wajahmu kasih
sedang merenungku
dalam irama rindu

di antara kerja dan menulis... semangat untuk menulis berkobar-kobar. seakan-akan akan kutakluk dunia ini. kata harimau kumbang, 'kekuatanku hanya terbatas oleh cita-citaku'.

kerana ianya bukan sekadar cerita. it is more than stories. lebih daripada cerita. atau apa tagline atau cogan kata yang sesuai?

oh ya, aku sedang membaca karya terbaru MH,
Platform: Get Noticed in a Noisy World"
Michael Hyatt

versi pdf.
sedang menanti hardcover dalam dua minggu belayar.

bukan sekadar hikayat.

setiap orang mempunyai cerita. aku ingin mempersembahkan sesuatu yang lebih daripada itu.
keinginanku ialah berkongsi apa saja yang aku baca dan alami, yang berguna untuk orang ramai.
cerita hanyalah medium, perantaraan untukku menyelitkan mesej yang aku ingin sampaikan.

baik ekonomi, sosial, politik, falsafah, sastera, lagu, puisi, misteri, semuanya mahu aku gabungkan dalam bentuk sebuah novel.

my expectation is high, that is why I am disappointed with many novels in Malaysia.
that is why I must write. not only because I want to, but because I NEED to.

Allah make it easy.

Tuesday, May 22, 2012

JFKW, JF&W

Just F#%King Write!
Just F#&K, &Write!!

whatever, I need to STOP scratching my note books and start to actually WRITE!
no matter how many note books I have, it amount to a very small actual result.

the actual result? a NOVEL.

I know it won't be just a novel. That explain all the painstaking preparation I made, in a form of notes.

notes and more notes.

enough of NOTES!

I will just write membuat tulis membuta tuli, and later pick all the pieces together.

I want to start 'broadcasting' this grand masterpiece to all audience. Soon.