"Kau ingin menjadi musuhku, Zerakul?"
"Ia hanya sebuah cerita rekaan, bukan?"
"Kau pasti ianya bukan semata-mata kerana Lana?"
"Awang, aku adalah pahlawan aliran suci, dan kau pula tidak bertuhan. Aku mewakili cahaya dan kau adalah kegelapan. Pengakhiran cerita kita adalah pertarungan paling hebat di atas muka bumi ini antara kau dan aku".
"Hebat! Hebat sekali! Aku memang terlalu ingin merubah kisah-kisah dongeng karangan penulis-penulis dahulu kala yang sentiasa memenangkan pihak yang lemah. Sehingga ke akhir hayatku, aku berpegang kepada prinsip 'yang kuat akan mengalahkan yang menang'. Kekuatan akan sentiasa mengalahkan kemanusiaan, perasaan, atau cinta dan kasih sayang. Tidak, tidak, aku tidak akan benarkan pembohongan ini diteruskan di dalam cerita-cerita dongeng penulis hingusan yang tidak pernah ke medan perang"
"Awang, cahaya akan sentiasa mengalahkan kegelapan, kau tahu itu."
"Ya, dan yang kuat akan mengalahkan yang lemah, kau juga tahu itu"
"Ya, kegelapan mempunyai kekuatan yang hebat, tetapi cahaya mempunyai kekuatan yang tidak terhingga"
"Hanya sekiranya engkau benar-benar percaya"
"Tuhanku di belakangku, sedangkan kau tidak ada sandaran. Kau akan tewas, Awang!"
"Tidak sekiranya aku juga punya sandaran yang lebih hebat"
No comments:
Post a Comment