Wednesday, November 21, 2012

Menulis Kisah Tentang Aku

"Jadi, kau mahu menulis kisah tentang dirimu sendiri?"
"Ya, itu sudah hampir pasti"
"Apa yang kau akan tuliskan tentang diriku?"
"Kau adalah sahabat baikku. Apa yang kau mahu aku tuliskan tentang dirimu?"
"Kau akan jadikan aku lawanmu yang terhandal"
"Adakah ini ada kena-mengena dengan Lana?"
"Sedikit sebanyak..."

"Adakah kau akan jadikan aku tewas ditanganmu?"
"Ia akan menjadi kisah hidupku. Apa fikirmu?"
"Aku menganggap kau seorang yang bukan sahaja hebat tetapi amak bijak. Kau akan berlaku adil sama ada ia benar atau rekaan semata-mata"
"Kau amat memahami diriku. Aku tidak menyesal menjadikan kau sahabatku"

----

"Awang, kau asyik menulis sepanjang perjalanan kita. Apa isinya?"
"Ia tentang perjalanan dan kita semua"
"Kisah ini akan tersebar ke serata Adlar setelah aku bukukan dan ulang cetak nanti"
"Hmm..Awang, bolehkah kau jadikan watakku seorang yang hensem dan paling banyak menewaskan musuh?"
"Dan jadikan aku seorang kaya dan terkenal!"
"Aku pula ingin berkahwin dengan puteri raja"
"Kau pula, Huntar?"
"Aku mahu berjaya menjinakkan Stormwolf sebagai belaanku"

"Rougyar, kau tidak ada apa-apa permintaan?"
"Aku pasti abang Awang akan membenarkan aku menentukan nasibku sendiri"
"Kau cukup bijak. Aku pasti kau mampu mengatasi aku suatu hari nanti"

No comments:

Post a Comment