Saturday, July 16, 2011

Kralnor : Nasihat Tiga Perak

Nasihat 3 Perak oleh Sang Pengemis Tua - Kralnor warlock Terunggul

1 # kerana menghormati
1 dengan riang ria kau berjalan bersama musuh-musuhmu
kau anggap mereka teman dan orang dikasihi
dan mereka memandangmu sebagai gurauan hati
sabarlah! sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

2 # kerana sabar yang ingin saya belajar mengamalkannya
2 apabila telah lunas sumpah setiamu
dan telah bangkit kau dari tidur
mengembaralah! cari kekuatanmu di muka bumi
kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

3 # kerana merendahkan diri ketika memberi kebaikan dan menerima kebaikan
3 bila telah tinggi sebutan namamu
dan kau selami bayang dan terang
kembalilah! dengan angkatan yang besar
kerana sesunguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan

dan beroleh kemenanganlah orang-orang yang percaya

No comments:

Post a Comment