Wednesday, November 21, 2012

Menulis Kisah Tentang Aku

"Jadi, kau mahu menulis kisah tentang dirimu sendiri?"
"Ya, itu sudah hampir pasti"
"Apa yang kau akan tuliskan tentang diriku?"
"Kau adalah sahabat baikku. Apa yang kau mahu aku tuliskan tentang dirimu?"
"Kau akan jadikan aku lawanmu yang terhandal"
"Adakah ini ada kena-mengena dengan Lana?"
"Sedikit sebanyak..."

"Adakah kau akan jadikan aku tewas ditanganmu?"
"Ia akan menjadi kisah hidupku. Apa fikirmu?"
"Aku menganggap kau seorang yang bukan sahaja hebat tetapi amak bijak. Kau akan berlaku adil sama ada ia benar atau rekaan semata-mata"
"Kau amat memahami diriku. Aku tidak menyesal menjadikan kau sahabatku"

----

"Awang, kau asyik menulis sepanjang perjalanan kita. Apa isinya?"
"Ia tentang perjalanan dan kita semua"
"Kisah ini akan tersebar ke serata Adlar setelah aku bukukan dan ulang cetak nanti"
"Hmm..Awang, bolehkah kau jadikan watakku seorang yang hensem dan paling banyak menewaskan musuh?"
"Dan jadikan aku seorang kaya dan terkenal!"
"Aku pula ingin berkahwin dengan puteri raja"
"Kau pula, Huntar?"
"Aku mahu berjaya menjinakkan Stormwolf sebagai belaanku"

"Rougyar, kau tidak ada apa-apa permintaan?"
"Aku pasti abang Awang akan membenarkan aku menentukan nasibku sendiri"
"Kau cukup bijak. Aku pasti kau mampu mengatasi aku suatu hari nanti"

Thursday, November 8, 2012

Contoh Yang Baik

"Aira akan menjadi contoh yang baik kepada ibu bapanya".
That's what I was always saying to my daughter.

Yes, the mission, the task, the goal, for the child is to exceed his elders.
The goal of a junior is to be better than his senior.
The same for the pupil, to exceed his master.

Awang, tidak mahu memberi taraf anak murid kepada Rougyar selagi Rougyar belum mengatasinya dalam ilmu bermain pedang.

Ini kerana tok guru Awang jugak tidak mahu menerima Awang sebagai muridnya sebelum Awang menewaskannya. Namun Awang berjaya menewaskan bakal gurunya dengan hikmat istimewa yang sama yang digunakan ketika berlatih dengan Zerakul di Akademi.

Awang mula sedar akan hakikat ini. Kerana itulah dia juga mengenakan syarat yang sama kepada Rougyar.
Maka impian Rougyar selama ini hanyalah mahu menjadi murid Awang. Itulah yang menjadi panduan hidupnya sekarang.

Namun Rougyar hanya akan berjaya mengatasi Awang dalam Hikayat Kedua, setelah Awang kembali dari utara.

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Awang. Roughyar akan mampu mengatasainya dengan pedang, tetapi tidak bermakna dia akan dapat menewaskan Awang. Kerana Awang telah menjadi terlalu handal dan tidak mampu lagi ditewaskan oleh sesiapa. Namun telah memenuhi syarat Awang untuk mengiktiraf Rougyar sebagai muridnya.