NOVELIS THRILLER NO.1 DI MALAYSIA
“Novelis thriller no. 1 di
Malaysia? Tahi lembu!” Avan membuat isyarat ludah ke kiri. Ternyata dia sangat
tidak senang hati tentang sesuatu.
“Apa yang kau marahkan sangat ni?”
Tingkah Suri yang kebetulan makan bersama dengannya di Warung Zixth. Langsung tidak
menatap wajah Avan, dia melihat-lihat menu di kedai makan tersebut.
[Warung Zixth ialah kedai makan yang
menyediakan masakan panas dan minuman sama ada sejuk atau panas terletak di
dalam kawasan lokasi x. Lalu marilah kita menceritakan apa saja yang boleh
diceritakan tentang Warung Zixth ini sama ada ianya relevan atau tidak itu
tidak penting asalkan kita boleh memberitahu pembaca tentang Warung Zixth ini
untuk memperbanyakkan lagi kandungan cerita ini. Maka bolehlah mengarut lagi
dan lagi dan menceritakan apa yang perlu atau tidak perlu kerana pengarang
perlu memberitahu pembaca tentang Warung Zixth sama ada mereka mahu tahu atau
tidak itu tidak penting tetapi pengarang mesti menganggap pembaca mahu tahu
tentang Warung Zixth yang menjadi relevan semata-mata kerana watak utamanya
berada di situ maka harus diterangkan walaupun terpaksa mengarut beberapa
perenggan dan mengarut terus mengarut seperti perenggan ini. Sesungguhnya ingin
dimengarutkan lagi sehingga beberapa perenggan kerana aku suka exaggerate seekstrem-ekstremnya
tentang sesuatu yang aku tidak suka.]
“Avan, mengapa panjang sangat kau
bercerita tentang Warung Zixth? Apa kaitannya dengan tajuk cerita ini?” Soal
Suri tidak berpuas hati kerana telah berasa telah terbazir masanya mendengar
pengarutan tentang Warung Zixth yang tidak hingin pun diketahuinya tetapi telah
dipaksa masuk ke benaknya oleh Avan.
“Akuuuu adaaa…kerna kau pun
adaaaa…… Suri, Warung Zixth maha penting kerana aku telah ada di sini. Aku,
selaku watak utama cerita ini telah makan di Warung Zixth ini. Sekian.” Jawab
Avan, tidaklah pendek sangat.
“Baiklah baiklah, apa yang kau
nak ceritakan pada aku dan pembaca lain sebenarnya?” Suri mengalah.
“Ni, novel bodoh ni, Jantungku di
Harakiri, tulisan Romly Bawang Besar, bekas tauke hotdog termashur serata
Malaysia.”
[Romly Bawang Besar sebelum
menjadi penulis terkenal pernah bekerja sebagai penjual roti daging di ibu
kota. Dia berasal dari Kota Kinabalu telah merantau ke Semenanjung sejak
berusia belasan tahun mencuba nasib di Kuala Lumpur. Dia bekerja di merata-rata
tempat, termasuk kilang-kilang elektronik selama beberapa tahun. Akhirnya dia berjaya
mengumpul sedikit modal lalu memulakan perniagaan menjual roti daging
sehinggalah dia menjadi penulis novel terkenal.
Sebenarnya tidaklah diketahui akan
asal usul sebenar Encik Romly tetapi kerana ini adalah cerita rekaan maka boleh
saja ditulis apa-apa tentang encik Romly sehingga lembu pulang ke kandang
mahupun beberapa muka surat. Maka bolehlah ditulis dan dimengarutkan sekehendak
hati sehingga pembaca merasa boring dan meluat yang teramat sangat sehingga
mereka ingin menuntut kembali minit-minit hidup mereka yang terbazir akibat
membaca karangan karut lagi mengarut yang hanya memuaskan hati penulis karangan
ini sahaja tanpa ada apa-apa substance tetapi sekadar melampiaskan nafsu meluat
penulis sendiri sahaja yang langsung tidak mempedulikan bahasa sama ada dari
segi perkataan atau tata bahasa atau apa-apa peraturan penulisan yang penting
dia terus mengarut sepanjang yang dia mahu.]
“Marah sangat nampaknya kau malam
ni,” tempelak Suri.
“Memanglah, tengah lapar perut ni.
Pelayan ni pun, mana dia tomyam tak sampai-sampai lagi dah setengah jam ni”.
Marah juga nampaknya Avan.
“Ala sekejap lagi sampai lah tu,”
Pujuk Suri. Avan bertenang kembali. Seketika kemudian pelayan datang membawa
tomyam kegemaran mereka berdua. Avan tanpa membuang masa mula makan tomyamnya,
namun masih sempat mengarut tentang tomyam, kerana kemeluatan yang mendalam
pada novel Jantungku diHarakiri
[Tom
yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ Templat:IPA-lo; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam],
tom yam dalam "Royal Thai General System
of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sop yang serupa yang
berasal dari
Laos dan
Thailand. Versi DiRaja Lao
termasuk secubit nasi di dalam sop, sementara versi biasa Lao yang lain dan
versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam
dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti
Malaysia,
Singapura, dan
Indonesia, dan telah
dipopularkan ke seluruh dunia.
Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar,
dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru
seperti serai, daun dari pokok Limau
Purut, halia, jus limau nipis,
sos ikan dan cili dipenyek.
Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan udang (tom yum goong atau tom
yum kung), ayam (tom yum kai), ikan (tom yum
pa di sebahagian Laod dan tom yum pla di Thailand), atau campuran makanan
laut (tom yum thale atau tom yum po taek) dan cendawan -
biasanya straw mushrooms atau cendawan tiram. Sop itu sendiri
sering ditabur dengan sejumlah besar daun hirisan segar cilantro (corianderleaves). Kadang-kala lada giling
Thailand (nam phrik phao, Bahasa Thai: น้ำพริกเผา)
ditambah: ini memberikan warna sop kuning bata terang dan menjadikan rasa cili
lebih ketara.
Variasi baru tom yam adalah tom
yum nam khon (Bahasa Thai: ต้มยำน้ำข้น),
di mana sedikit susu atau santan dicampurkan kepada kuah sebagai sentuhan
akhir, dan kemudian diimbang dengan cili kering panggang. Adaptasi ini tidak
patut dikelirukan dengan tom kha gai ("sop halia ayam"), di mana galanga merupakan
perisa utama bagi sop berasaskan santan. Tom yum nam khon hampir sentiasa
dibuat menggunakan udang, sementara ayam
seringkali digunakan dalam tom kha. Sepupunya yang kurang dikenali di luar
Thailand adalah - tom khlong.
Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan
herba dan digoreng dalam minyak. Bahang perisa dan pengawet ditambah
kemudiannya. Pes itu kemudian di botolkan atau dibungkus dan dijual keseluruh
dunia. Perisa Tom yam dengan pes mungkin memiliki ciri-ciri berbeza dengan yang
dihasilkan dengan menggunakan bahan herba segar.]
“Wah, melampau kau ni, siap copy paste dari
wiki. Apa kaitan tomyam dengan cerita ni? Apa yang thrill dan apa yang novel
sangat pasal tomyam sampai empat lima perenggan pasal tomyam saja?”. Suri
tertanya kehairanan ingin tahu.
“Suri, aku anggap kau seorang yang bijak.
Tapi biarlah aku ceritakan agar lebih jelas kerana lebih banyak lagi pengarutan
yang akan aku hidangkan nanti. Kita sebenarnya sedang berbincang, atau lebih
tepat lagi, aku sebenarnya tengah mengarut tentang novel thriller sambil makan
tomyam. Oleh kerana tomyam telah ada sedikit kaitan dengan cerita ini maka
haruslah dijelaskan kepada pembaca supaya mereka lebih jelas dan faham apakah
itu tomyam. Sebenarnya sama sahaja kalau kita makan nasi pattaya sekalipun, aku
tetap akan mengarut tentang nasi pattaya pula.” Jawab Avan ringkas dan padat.
Cheewah.
[Nasi goring pattaya atau ringkasnya nasi
pattaya adalah masakan Malaysia yang mana nasi goring dibungkus dengan balutan
telur goring dan dihidangkan dengan sos cili, timun batang atau keropok. Namanya
diambil sempena daerah Pattaya, Thailand.]
“Ok Ok, aku dah tahu sejarah asal usulnya dua
makanan ni. Tapi macam mana pulak aku boleh terjebak dalam karangan bodoh kau
ni?”. Suri tidak berpuas hati.
“Sebab kau kawan aku, dan aku kena ada
seseorang untuk dengar aku mengarut. Kalau tak orang kata aku gila.”
[Lalu Avan pun bercerita tentang Suri kawan
dia yang blab la bla aku pun dah malas nak mengarut. Adeehh.]
“Fuuh, nasib baik kau tak mengarut
lebih-lebih pasal aku, kalau tak dah penuh tomyam ni kat muka kau.”
“Apasal, kau tak suka ke tomyam tu. Bagi kat
aku la, aku pun tengah lapar, kurang sikit marah aku nanti. Kurang marah aku
kuranglah mengarut aku. Kau juga yang suka kan kan kan?”. Avan cuba memancing
Suri agar dia dapat makan free. Walau hakikatnya dia yang kena bayar sebab dia
yang janji nak belanja. Dia ni memang sewel sikit.
“Tak boleh!” Jawapan Suri ringkat, padat,
sendat, ketat, dan semuanya yang at at. Everwhat.
“By the way, apa yang tak kena dengan novel
Jantungku diHarakiri tu sampai kau marah sangat?”
[Jantungku diHarakiri adalah sebuah novel
tentang seorang pendekar melayu yang mahir dalam seni bela diri Jepun menggunakan
pedang samurai. Hara-kiri adalah satu perbuatan memotong perut dari kiri ke
kanan oleh seorang samurai yang gagal dalam melaksanakan tugasnya. Oleh kerana
watak cerita itu tidak memahami sepenuhnya adat samurai dia telah terpotong
jantungnya sendiri di sebuah ladang strawberry di Brincang. Begitulah agaknya.]
“Apa yang tak kena? Ini kononnya
novel thriller. Apa ke HJ nya pengarang buat karangan darjah satu bercerita
pasal anak patung saya, kicap adabi, kereta api, bunga raya, musim luruh, cuaca
hari ini, kesultanan melayu Melaka, upacara minum kopi tongkat ali, racun
serangga roundup 7 bla blab la. Menyampah I…”
Aku pun dah malas daa nak
sambung. Tammat di sini saja.