Tuesday, April 9, 2013

Ulas Novel : Hatiku Di Harajuku


NOVELIS THRILLER NO.1 DI MALAYSIA

“Novelis thriller no. 1 di Malaysia? Tahi lembu!” Avan membuat isyarat ludah ke kiri. Ternyata dia sangat tidak senang hati tentang sesuatu.
“Apa yang kau marahkan sangat ni?” Tingkah Suri yang kebetulan makan bersama dengannya di Warung Zixth. Langsung tidak menatap wajah Avan, dia melihat-lihat menu di kedai makan tersebut.
[Warung Zixth ialah kedai makan yang menyediakan masakan panas dan minuman sama ada sejuk atau panas terletak di dalam kawasan lokasi x. Lalu marilah kita menceritakan apa saja yang boleh diceritakan tentang Warung Zixth ini sama ada ianya relevan atau tidak itu tidak penting asalkan kita boleh memberitahu pembaca tentang Warung Zixth ini untuk memperbanyakkan lagi kandungan cerita ini. Maka bolehlah mengarut lagi dan lagi dan menceritakan apa yang perlu atau tidak perlu kerana pengarang perlu memberitahu pembaca tentang Warung Zixth sama ada mereka mahu tahu atau tidak itu tidak penting tetapi pengarang mesti menganggap pembaca mahu tahu tentang Warung Zixth yang menjadi relevan semata-mata kerana watak utamanya berada di situ maka harus diterangkan walaupun terpaksa mengarut beberapa perenggan dan mengarut terus mengarut seperti perenggan ini. Sesungguhnya ingin dimengarutkan lagi sehingga beberapa perenggan kerana aku suka exaggerate seekstrem-ekstremnya tentang sesuatu yang aku tidak suka.]
“Avan, mengapa panjang sangat kau bercerita tentang Warung Zixth? Apa kaitannya dengan tajuk cerita ini?” Soal Suri tidak berpuas hati kerana telah berasa telah terbazir masanya mendengar pengarutan tentang Warung Zixth yang tidak hingin pun diketahuinya tetapi telah dipaksa masuk ke benaknya oleh Avan.

“Akuuuu adaaa…kerna kau pun adaaaa…… Suri, Warung Zixth maha penting kerana aku telah ada di sini. Aku, selaku watak utama cerita ini telah makan di Warung Zixth ini. Sekian.” Jawab Avan, tidaklah pendek sangat.
“Baiklah baiklah, apa yang kau nak ceritakan pada aku dan pembaca lain sebenarnya?” Suri mengalah.
“Ni, novel bodoh ni, Jantungku di Harakiri, tulisan Romly Bawang Besar, bekas tauke hotdog termashur serata Malaysia.”
[Romly Bawang Besar sebelum menjadi penulis terkenal pernah bekerja sebagai penjual roti daging di ibu kota. Dia berasal dari Kota Kinabalu telah merantau ke Semenanjung sejak berusia belasan tahun mencuba nasib di Kuala Lumpur. Dia bekerja di merata-rata tempat, termasuk kilang-kilang elektronik selama beberapa tahun. Akhirnya dia berjaya mengumpul sedikit modal lalu memulakan perniagaan menjual roti daging sehinggalah dia menjadi penulis novel terkenal.

Sebenarnya tidaklah diketahui akan asal usul sebenar Encik Romly tetapi kerana ini adalah cerita rekaan maka boleh saja ditulis apa-apa tentang encik Romly sehingga lembu pulang ke kandang mahupun beberapa muka surat. Maka bolehlah ditulis dan dimengarutkan sekehendak hati sehingga pembaca merasa boring dan meluat yang teramat sangat sehingga mereka ingin menuntut kembali minit-minit hidup mereka yang terbazir akibat membaca karangan karut lagi mengarut yang hanya memuaskan hati penulis karangan ini sahaja tanpa ada apa-apa substance tetapi sekadar melampiaskan nafsu meluat penulis sendiri sahaja yang langsung tidak mempedulikan bahasa sama ada dari segi perkataan atau tata bahasa atau apa-apa peraturan penulisan yang penting dia terus mengarut sepanjang yang dia mahu.]
“Marah sangat nampaknya kau malam ni,” tempelak Suri.
“Memanglah, tengah lapar perut ni. Pelayan ni pun, mana dia tomyam tak sampai-sampai lagi dah setengah jam ni”. Marah juga nampaknya Avan.
“Ala sekejap lagi sampai lah tu,” Pujuk Suri. Avan bertenang kembali. Seketika kemudian pelayan datang membawa tomyam kegemaran mereka berdua. Avan tanpa membuang masa mula makan tomyamnya, namun masih sempat mengarut tentang tomyam, kerana kemeluatan yang mendalam pada novel Jantungku diHarakiri
[Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ Templat:IPA-lo; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sop yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Lao termasuk secubit nasi di dalam sop, sementara versi biasa Lao yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.
Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.
Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan udang (tom yum goong atau tom yum kung), ayam (tom yum kai), ikan (tom yum pa di sebahagian Laod dan tom yum pla di Thailand), atau campuran makanan laut (tom yum thale atau tom yum po taek) dan cendawan - biasanya straw mushrooms atau cendawan tiram. Sop itu sendiri sering ditabur dengan sejumlah besar daun hirisan segar cilantro (corianderleaves). Kadang-kala lada giling Thailand (nam phrik phao, Bahasa Thai: น้ำพริกเผา) ditambah: ini memberikan warna sop kuning bata terang dan menjadikan rasa cili lebih ketara.
Variasi baru tom yam adalah tom yum nam khon (Bahasa Thai: ต้มยำน้ำข้น), di mana sedikit susu atau santan dicampurkan kepada kuah sebagai sentuhan akhir, dan kemudian diimbang dengan cili kering panggang. Adaptasi ini tidak patut dikelirukan dengan tom kha gai ("sop halia ayam"), di mana galanga merupakan perisa utama bagi sop berasaskan santan. Tom yum nam khon hampir sentiasa dibuat menggunakan udang, sementara ayam seringkali digunakan dalam tom kha. Sepupunya yang kurang dikenali di luar Thailand adalah - tom khlong.
Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan herba dan digoreng dalam minyak. Bahang perisa dan pengawet ditambah kemudiannya. Pes itu kemudian di botolkan atau dibungkus dan dijual keseluruh dunia. Perisa Tom yam dengan pes mungkin memiliki ciri-ciri berbeza dengan yang dihasilkan dengan menggunakan bahan herba segar.]

“Wah, melampau kau ni, siap copy paste dari wiki. Apa kaitan tomyam dengan cerita ni? Apa yang thrill dan apa yang novel sangat pasal tomyam sampai empat lima perenggan pasal tomyam saja?”. Suri tertanya kehairanan ingin tahu.
“Suri, aku anggap kau seorang yang bijak. Tapi biarlah aku ceritakan agar lebih jelas kerana lebih banyak lagi pengarutan yang akan aku hidangkan nanti. Kita sebenarnya sedang berbincang, atau lebih tepat lagi, aku sebenarnya tengah mengarut tentang novel thriller sambil makan tomyam. Oleh kerana tomyam telah ada sedikit kaitan dengan cerita ini maka haruslah dijelaskan kepada pembaca supaya mereka lebih jelas dan faham apakah itu tomyam. Sebenarnya sama sahaja kalau kita makan nasi pattaya sekalipun, aku tetap akan mengarut tentang nasi pattaya pula.” Jawab Avan ringkas dan padat. Cheewah.
[Nasi goring pattaya atau ringkasnya nasi pattaya adalah masakan Malaysia yang mana nasi goring dibungkus dengan balutan telur goring dan dihidangkan dengan sos cili, timun batang atau keropok. Namanya diambil sempena daerah Pattaya, Thailand.]
“Ok Ok, aku dah tahu sejarah asal usulnya dua makanan ni. Tapi macam mana pulak aku boleh terjebak dalam karangan bodoh kau ni?”. Suri tidak berpuas hati.
“Sebab kau kawan aku, dan aku kena ada seseorang untuk dengar aku mengarut. Kalau tak orang kata aku gila.”
[Lalu Avan pun bercerita tentang Suri kawan dia yang blab la bla aku pun dah malas nak mengarut. Adeehh.]

“Fuuh, nasib baik kau tak mengarut lebih-lebih pasal aku, kalau tak dah penuh tomyam ni kat muka kau.”
“Apasal, kau tak suka ke tomyam tu. Bagi kat aku la, aku pun tengah lapar, kurang sikit marah aku nanti. Kurang marah aku kuranglah mengarut aku. Kau juga yang suka kan kan kan?”. Avan cuba memancing Suri agar dia dapat makan free. Walau hakikatnya dia yang kena bayar sebab dia yang janji nak belanja. Dia ni memang sewel sikit.

“Tak boleh!” Jawapan Suri ringkat, padat, sendat, ketat, dan semuanya yang at at. Everwhat.

“By the way, apa yang tak kena dengan novel Jantungku diHarakiri tu sampai kau marah sangat?”
[Jantungku diHarakiri adalah sebuah novel tentang seorang pendekar melayu yang mahir dalam seni bela diri Jepun menggunakan pedang samurai. Hara-kiri adalah satu perbuatan memotong perut dari kiri ke kanan oleh seorang samurai yang gagal dalam melaksanakan tugasnya. Oleh kerana watak cerita itu tidak memahami sepenuhnya adat samurai dia telah terpotong jantungnya sendiri di sebuah ladang strawberry di Brincang. Begitulah agaknya.]

“Apa yang tak kena? Ini kononnya novel thriller. Apa ke HJ nya pengarang buat karangan darjah satu bercerita pasal anak patung saya, kicap adabi, kereta api, bunga raya, musim luruh, cuaca hari ini, kesultanan melayu Melaka, upacara minum kopi tongkat ali, racun serangga roundup 7 bla blab la. Menyampah I…”

Aku pun dah malas daa nak sambung. Tammat di sini saja.

No comments:

Post a Comment